Utama




AJK Kekal PCM Sesi 2009/10

[ Thursday, November 19, 2009 | 0 komen ]

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi atas segala nikmat kurniaanNya.

Pada 8 November 2009 yang lalu, mesyuarat PCM kali ke-7 telah diadakan bertempat di Rumah Bujang Senang. Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh kesemua AJKT PCM dan juga 2 orang Penasihat PCM. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir bagi AJKT PCM sesi 2008/2009 sebelum berlangsungnya MTC PCM kali ke-3.

Dalam mesyuarat ini, pengundian untuk pelantikan AJKT KEKAL PCM bagi sesi 2009/2010 telah dijalankan. 4 orang AJKT lama PCM akan dikekalkan untuk kenaikan sesi baru; 2 orang daripada AJKT ikhwah dan 2 orang lagi daripada AJKT akhawat.

Berikut adalah keputusan pengundian:


AJKT KEKAL IKHWAH













AJKT KEKAL AKHAWAT












Semoga dengan perlantikan ini, mereka akan terus menabur khidmat dan jasa mereka demi kesejahteraan semua ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah.


Disediakan oleh,
Jabatan Setiausaha PCM
Sesi 2008/2009

Notis Makluman Kepada Pelajar Baru 2009/2010

[ Tuesday, November 17, 2009 | 0 komen ]

NOTIS MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SAINS KESIHATAN UNIVERSITI MANSURAH
BAGI SESI PENGAJIAN BARU 2009/2010

Merujuk kepada perkara berkenaan, adalah dimaklumkan bahawa anda (Rujuk : batch 2009) diwajibkan untuk membayar yuran pengajian bagi sesi pengajian baru, melibatkan semua jurusan sama ada Konvensional, Program Mansoura-Manchester, Pergigian dan Farmasi dengan nilai kenaikan yuran terbaru iaitu USD 8000 bersamaan LE 43 600.

Hasil perbincangan wakil pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) bersama pihak universiti, anda diberi kelonggaran untuk membuat bayaran secara ansuran iaitu menjelaskan separuh daripada yuran pengajian SEBELUM Peperiksaan Pertengahan Tahun (Januari 2010) dan baki selebihnya SEBELUM Peperiksaan Akhir Tahun (Mei 2010).

Bersama–sama dengan notis ini, dilampirkan salinan surat dari Kementerian Pengajian Tinggi Mesir, yang antara kandungannya menerangkan bahawa kenaikan yuran adalah melibatkan SEMUA universiti di seluruh Mesir, dan bukanlah melibatkan sesetengah universiti seperti yang diwar-warkan. Bagaimanapun, kenaikan ini adalah melibatkan BATCH BARU SAHAJA (2009) manakala bagi pelajar lain, kadarnya adalah masih sama seperti nilai asal.

Sebarang masalah dan persoalan, bolehlah merujuk kepada wakil AJKT PCM sesi 2008/2009 terutama kepada:
  • Ketua Unit Akademik, Muhammar Amin Abd Yassin ( 0161140827) atau
  • Timbalan Unit, Nor Radziah Mohd Salleh ( 0166576512)
atau berhubung terus kepada:
  • Pengerusi PCM Muhammad Izzat Md Kamal (0112667273) atau
  • Timbalan Pengerusi, Wan Irhaam Wan Muhamad ( 0102946170)
Dinasihatkan agar semua pelajar baru agar tidak membuat keputusan melulu dan hanya mendengar desas–desus yang belum tentu kebenarannya. Utamakan akademik dan jangan sesakkan fikiran dengan perkara yang di luar bidang kuasa masing–masing. Kami di pihak pimpinan insya-Allah akan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul, seboleh mungkin selepas tempoh peperiksaan yang bemula pada 19 – 23 November 2009.

Kerjasama anda semua adalah amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.


“MENGUNGGULI KECEMERLANGAN, MENGERAT KEBERSAMAAN”
‘AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH’

Unit Penerangan & Penerbitan
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2008/2009




Klik pada imej untuk paparan lebih besar

Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-3

[ Sunday, November 15, 2009 | 0 komen ]

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali ke-3 PCM

Tarikh : 4 Disember 2009

Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Persada Jazirah Al-Ward
Masa : 6.30 pagi
Sasaran : Semua ahli PCM
  • Batch 05 & 06 : Sebagai perwakilan (SEMUA WAJIB HADIR)
  • Batch 07 : Sebagai perwakilan (dibuka seramai 80 orang)
  • Batch 08 : Sebagai perwakilan (dibuka seramai 100 orang
  • Batch 09 : Sebagai pemerhati (dibuka seramai 20 orang
Yuran
Perwakilan : LE 5
Pemerhati : LE 7

Etika Pemakaian
Ikhwah - T-shirt berkolar/baju melayu
Akhawat - Wajib menutup aurat & tidak mencolok mata

Warna Tema Pemakaian
  • Batch 05 & 06 : Hitam
  • Batch 07 : Hijau
  • Batch 08 : Biru
  • Batch 09 : Merah

* Maklumat lanjut akan diupdate dari semasa ke semasa

Makluman Penyerahan Usul Kepada Jabatan Setiausaha PCM

[ Friday, November 13, 2009 | 0 komen ]




Assalamualaikum

PERHATIAN, kepada mahasiswa/wi Sains Kesihatan Universiti Mansurah sekalian..

MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN kali ke-3 (MTC 3) akan diadakan pada
4 Disember 2009. Sehubungan dengan itu pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah membuka peluang kepada semua perwakilan untuk menghantar USUL BERTULIS sebelum@pada 27 November 2009 kepada :

1) WAN MOHD SAFWAN BIN WAN SALLEH (wm_safwan@yahoo.com, +20113576255)

2) NUR LIYANA BT CHE ALI (liyanacheali_1988@yahoo.com.my, +20112668387).


“MENGUNGGULI KECEMERLANGAN,MENGERAT KEBERSAMAAN”
‘AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH’

Disediakan oleh Jabatan Setiausaha PCM 2008/09

Long Sleeve T-Shirt

[ Wednesday, November 11, 2009 | 0 komen ]



Long Sleeve T-shirt Unit Ekonomi PCM 08/09 Photographer : TaQi Price : £.E. 35.00 Color : Black, Red, Dark Blue Sizes available :

  • Black : XL, L, M
  • Dark Blue : XL, L, M, S
  • Red : XL, L, M
“Suitable for any gender, any age and any nationality.” To purchase, please contact the Econ Agents listed below :

Ikhwah


Akhawat