Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) ditubuhkan pada 2002 dengan matlamat untuk menjaga kebajikan para ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia dalam bidang perubatan di universiti-universiti Mesir. Sejak 2005 bilangan pelajar telah mengalami peningkatan yang mendadak dan hal ini membawa kepada penambahan pelajar perubatan yang berada di muhafazah selain Kaherah termasuk Mansurah. Justeru, bagi memastikan objektif utama persatuan dilaksanakan, pihak tertinggi PERUBATAN mengambil langkah menubuhkan cawangan di Mansurah iaitu PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM).
Logo PERUBATAN

Info Berkaitan







