Pautan

Forum PCM

Forum bertukar buah pandangan antara ahli-ahli Perubatan Cawangan Mansurah

Blog Rasmi Unit Pembangunan Insan Perubatan Cawangan Mansurah

Ini adalah Blog rasmi Unit Pembangunan Insan Perubatan Cawangan Mansurah sesi 2009/2010

Laman web rasmi PERUBATAN pusat

Laman web rasmi PERUBATAN pusat

Seminar perubatan ke 3

Seminar perubatan yang dianjurkan oleh PERUBATAN pusat untuk kali yang ke 3 tahun 2010

Komuniti Perubatan

Mengumpulkan blog-blog ahli PERUBATAN seluruh Mesir

Galeri Unit Penerbitan dan Penerangan

Gambar-gambar sepanjang program yang dianjurkan oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah

TV Mansurah

Persembahan media sempena Majlis ADHA '09.
Video pengenalan PCM, senarai AJK dan gambar-gambar aktiviti tahunan
Slide show of PERUBATAN's Sport Day
Sambutan Raya Aidiladha di Mansurah.

Sunday, March 8, 2009

KASIH BELUM TERMILIK

Bukan salah bunga lembayung
Salah di pandan menjelita
Bukan salah bonda mengandung
Salah di badan buruk dipinta



Rebusan air di dapur membingitkan telinga yang sesekali bening di kala waktu subuh. Begitu juga bunyi kain di sisir angin di hamparan kejiranan begitu mengasyikkan, waktu belajar selepas subuh ibarat kebun buah yang rendang untuk dipetik.

Setiap tajuk lancar di halusi tanpa ada kerutan terukir di anjung dahi. Buku Pharmacology dilihat dengan berselera sekali, mata tidak terkebil ibarat menatap goreng pisang rangup buatan opah di kampung. Arinah menyimpul senyuman yang tidak lepas setiap kali menukar muka surat bukunya.

Arinah, suatu nama yang sudah menggambarkan ketekunan dan kecergasan, maka buktinya sudah nyata, pemilik nama ini memang cergas di lapangan pengajiannya. Rakan-rakan kuliah senegara mengenalinya dengan satu sifat yang mengagumkan iaitu DISIPLIN dan CERGAS. Berada pada tahun 3 kuliah perubatan di Universiti Mansurah bukan cabaran kecil yang boleh dipandang ranting. Ujian pertengahan tahun lalu telah membuktikan, Arinah adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Mumtaz itu satu perkataan yang seakan-akan sudah menjadi miliknya sejak dari kecil lagi.

Maha suci Allah yang memberikan anugerah cemerlang pada dirinya, tersemat juga akhlak mulia, budi pekerti, dan sopan santun. Adab pergaulan sesama teman sangat di jaga, sesama wanita sangat tertib, dengan lelaki sangat beradab. Pendek kata, leluhur Arinah ini sangat sempurna, rupanya indah hidup pun untung.

Harum dan cantiknya bunga tentu sahaja di buru kumbang. Begitu ramai yang meminati gadis kecil molek dari pulau mutiara ini. Ada yang sudah terlalu berani hingga sampai melamar ke pelamin, dan ada juga diam dalam minat.

“Assalamualaikum, saya mahu jawapan yang jujur dari kamu, sudi kah kamu berkahwin dengan saya?” Getus ayat dari pesanan ringkas Farizol. Rakan sekuliah Arinah ini sudah tidak tertahan menanggung pengharapan, maka dicurahkan isi hatinya.

|Klik sini untuk bacaan lanjutan|

1 komen:

strata said...

have u seduced frm Allah b4 everything?