Pautan

Forum PCM

Forum bertukar buah pandangan antara ahli-ahli Perubatan Cawangan Mansurah

Blog Rasmi Unit Pembangunan Insan Perubatan Cawangan Mansurah

Ini adalah Blog rasmi Unit Pembangunan Insan Perubatan Cawangan Mansurah sesi 2009/2010

Laman web rasmi PERUBATAN pusat

Laman web rasmi PERUBATAN pusat

Seminar perubatan ke 3

Seminar perubatan yang dianjurkan oleh PERUBATAN pusat untuk kali yang ke 3 tahun 2010

Komuniti Perubatan

Mengumpulkan blog-blog ahli PERUBATAN seluruh Mesir

Galeri Unit Penerbitan dan Penerangan

Gambar-gambar sepanjang program yang dianjurkan oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah

TV Mansurah

Persembahan media sempena Majlis ADHA '09.
Video pengenalan PCM, senarai AJK dan gambar-gambar aktiviti tahunan
Slide show of PERUBATAN's Sport Day
Sambutan Raya Aidiladha di Mansurah.

Tuesday, October 27, 2009

Pelajar Iskandariah masuk ICU

Assalamualaikum wbt

Semoga sahabat-sahabat sekalian berada didalam lindungan dan lembayung rahmat Allah swt selalu.

Sehubungan dengan berita mengejut mengenai sahabat kita, Nur Syahirah bt Mohd Yusuff, (pelajar tahun 3, Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah) beliau kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM, Kuala Lumpur.

Ahli bait beliau telah menghubungi ibu Syahirah hari ini bagi mendapatkan cerita sebenar.

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Syahirah telah disahkan menghidapi Allergic Bronchitis pada bulan Ogos yang lalu sebelum pulang ke Malaysia lagi di Hospital Salamah. Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau telah mendapatkan rawatan lanjut di sana dan disahkan menghidapi Pneumonia. Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Syahirah dimasukkan ke hospital kerana demam. Selama berada di hospital, Syahirah telah disuspek menghidap Pulmonary Tuberculosis, TB. Beliau telah diberi rawatan dan ubat untuk penyakit berkenaan dan dibenarkan pulang ke rumah 2 minggu selepas itu.

Sepanjang beliau mengambil rawatan di rumah, ibunya mendapati bahawa keadaan Syahirah bertambah teruk. Syahirah hilang selera makan, muntah-muntah dan berat badannya berkurang secara mendadak. Selepas 2 minggu, Syahirah dikejarkan kembali ke HUKM.

Berdasarkan perbualan ahli bait beliau dengan ibunya tadi, Syahirah dilaporkan sudah tidak sedarkan diri semenjak 5 hari yang lalu.

Ibunya memberitahu, akibat komplikasi pneumonia yang dihidapi, jangkitan tersebut telah merebak ke hati dan ginjal. Tambahan pula, peparu Syahirah sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dan dalam proses untuk dibedah. Terbaru, pemeriksaan doktor ke atas ginjal beliau akan dijadualkan pada esok hari.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa agar Syahirah akan cepat sembuh dan dapat menyambung kembali pengajiannya disini bersama kita. Buat ibu dan keluarga beliau, doakanlah juga agar mereka diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini.


Insyallah segala perkembangan Syahirah akan diupdate kemudian.

Waallahua’lam.


SARAH SURAYA ZAMAN,
Unit Penerangan & Penerbitan
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
Sesi 2008/2009

1 komen:

zulhakimi said...

salam mohon bertanya macamne dgn shahirah skrg?"