Pembawaan Pengerusi PCM 17/18

  • Pembudayaan Ilmu

    "Tiga unsur pembudayaan ilmu yang akan menjadi fokus adalah kecemerlangan ahli, kemahiran klinikal dan pemerkasaan ilmu pengetahuan. Ketiga-tiga unsur ini penting dalam memenuhi salah satu misi PERUBATAN iaitu membentuk seorang pengamal sains kesihatan yang kompeten"

  • Dakwah & Tarbiah

    "Manfaatkan medium yang tersedia seperti kelas tafakuh dan usrah untuk memastikan ahli mendapat asas kefahaman Islam dengan sempurna"

  • Kebersamaan dalam Kesatuan

    "Kebersamaan yang dilaungkan perlulah berdiri atas satu prinsip yang jelas dan tegas, iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran"

  • Ekonomi & Ahli

    "Penerokaan sumber ekonomi yang baharu harus diberi perhatian untuk menjana kewangan yang mapan agar kebajikan ahli akan terus terjaga memalui penyediaan perkhidmatan yang pelbagai seperti menampung sewa markas, sumbangan TKS untuk mereka yang kesusahan, menampung kos program supaya tidak membebankan penggerak program dan lain-lain.

TERBARU

PERKHIDMATAN KAMI

Pelbagai muhasabah dan penambahbaikan dilakukan setiap tahun supaya ahli beroleh manfaat sepenuhnya dari pergerakan persatuan yang kita kasihi ini. Berikut merupakan antara perkhidmatan yang disediakan dibawah persatuan untuk kebaikan bersama bagi seluruh ahli PCM.

  1. Penempahan Markas

    PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) mempunyai dua buah Markas yang bertempat di Syari’ Hendawi. Qa’ah Ibnu Sina (QIS) dan Solah al-Falah (SAF) menjadi salah satu medium utama dalam perkongsian ilmu dan perlaksanaan mesyuarat. Untuk maklumat lanjut, boleh tekan di sini.

  2. Tempah Di Sini

    Tempah Di Sini (TDS) merupakan salah satu perkhidmatan penting yang telah digunakan oleh warga Mansurah saban tahun. Perkhidmatan ini merangkumi penempahan pelbagai jenis kenderaan untuk ke pelbagai tempat. Maklumat lanjut, boleh tekan di sini untuk terus ke laman Facebook Tempah Di Sini.

  3. Beras Filipina

    Beras Filipina merupakan beras berkualiti tinggi yang menjadi pilihan utama pelajar-pelajar Malaysia di Mansurah walaupun terdapat beberapa jenis beras yang dijual di kedai-kedai runcit. Beras ini menjadi pilihan utama kerana rasanya yang lebih enak, tekstur beras yang lebih konsisten, dan mudah untuk ditanak. Boleh tekan di sini untuk maklumat lanjut.

  4. Tabung Kasih Sayang

    Skim Pinjaman merupakan salah satu skim dibawah Tabung Kasih Sayang (TKS) bagi membantu ahli yang memerlukan jumlah wang yang banyak dalam kadar yang segera.

    Antara contoh-contoh kes yang membolehkan seseorang itu untuk memohon pinjaman dari skim ini ialah:
    – Sakit kritikal yang memerlukan rawatan di hospital.
    – Pulang ke Malaysia atas sebab-sebab kecemasan.
    – Kehilangan duit kerana ditipu, dicuri atau keciciran.
    – Melahirkan anak.
    – Kes-kes lain mengikut pertimbangan Ketua Biro Kebajikan.

    Pinjaman yang diberikan boleh ditukar menjadi derma sumbangan TKS atas sebab-sebab dan syarat-syarat tertentu mengikut pertimbangan Ketua Biro Kebajikan.

  5. Kelas & Perpustakaan Mini

    Terima kasih kepada Biro Akademik yang terdahulu, PCM sekarang sudah mampu menyediakan perkhidmatan berbentuk kelas tambahan dan perpustakaan mini. Antara kelas yang disediakan adalah kelas Studi dan Tunjuk Ajar  (STAR) bagi pelajar perubatan dan juga Fault in Our Studies (FLOSS) untuk pelajar pergigian. Perpustakaan mini terletak di salah satu markas PCM, Qa’ah Ibnu Sina (QIS).