Kerna Kau Isteriku Pelengkap Rusuk Diriku

Belajar diperantauan adalah satu kenangan indah yang tidak pernah ana lupakan, kerana disitulah bermula erti kehidupan yang sebenar buat diri ana. Apa tidaknya, ketika diperantauan inilah, ana bertemu jodoh dengan zaujah ana yang tercinta. Diperingkat awal perkahwinan memang banyak dugaan. Hatta, hingga ke hari ini pun masih ada lagi ujian yang harus dihadapi.

Memang letih untuk bergelar suami dan pelajar perubatan serta memegang beberapa amanah berbentuk jawatan atau tugasan dalam satu masa yang sama. Dalam hal ini memang sukar menolak bila sahabat memerlukan khidmat dari ana. Tapi kudrat ini terbatas, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun ana bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang Zaujah yang rajin dan prihatin untuk menjaga ana, walaupun kami sama-sama bergelar pelajar perubatan. Dan masing-masing memahami tahap kesibukkan sebagai pelajar.

Walaupun kerap keluar malam dan kembali ketika saat dinihari, namun kesabarannya berjaya menyejukkan hati. Berkat dari pembacaan dan tunjuk ajar dari orang-orang tua, bahtera yang baru setahun jagung ini tetap utuh walaupun sesekali dipukul ombak. Pelbagai ilmu cuba ana praktikkan bagi menjaga hubungan suami isteri, mana yang lebih kami kongsikan, mana yang kurang kami tambahkan. Bab kata orang dulu-dulu, apa-apa perkara yang ingin dibuat mesti ada ilmu tentangnya. Hidup berumahtangga adalah satu perkongsian yang bukan hanya dari sudut zahir semata-mata.

Masing-masing ada keburukkan dan keistimewaan. Dan peristiwa DEMAM PANAS sabtu lalu benar-benar menunjukan keistimewaan zaujah ana.

Pada Sabtu malam yang lepas, selepas sahaja mesyuarat bulanan bersama rakan-rakan di fakulti, kira-kira jam 12.00 tengah malam, ana terus menghantar 3 seorang sahabat muslimat ke rumahnya sebagai peneman mereka untuk pulang kerumah. Hujan renyai-renyai baru sahaja turun. Ketika sampai dirumah jam menunjukan masanya, 1.45 pagi. Keadaan sekitar penempatan pelajar masih lagi bergelap, termasuklah rumah ana. Sejak jam 8.30 malam lagi, semua talian letrik sekitar penempatan pelajar terputus, entah kenapa.

Walaupun hujan semakin kuat diluar rumah, namun bahang panas dalam rumah amat terasa. Memang sedikit terganggu kehidupan dibandaraya ini bila letrik tiada, kipas pun tak dapat dihidupkan. Ketika masuk ke bilik, Kelihatan zaujah ana sedang tidur dalam keadaan berpeluh. Ana amat memahami kerana sejak berbadan dua ini suhu badannya memang berbeza. Lantaran itu, ana menyelakkan sedikit kain langsir dan membuka ’sliding door’ untuk membenarkan udara sejuk diluar menyelinap masuk ke dalam bilik.

Selepas membersihkan diri dan menyalin pakaian, ana terus tidur. Tidur yang cukup lena diiringi oleh rintikan hujan yang kian lebat. Alunan hujan cukup melenakan.

Ketika zaujah ana mengejutkan ana untuk bersolat subuh, memang berat untuk bangun, badan terasa lemah. Namun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ana kuatkan juga. Selepas solat subuh ana tidur semula. Zaujah ana kehairanan sebab petang semalam ana telah memberitahu kepadanya bahawa pada pagi ini akan diadakan program persatuan di kampus dan ana perlu keluar awal untuk menguruskannya.

Zaujah ana cuba mengejutkan semula. Bila melihat ana mengigil,dia memegang dahi ana yang panas barulah dia sedar bahawa ana telah terkena demam panas.

Alhamdulillah, dia tidak panik. Ana diselimutkan dengan selimut tebal dan dibiarkan tidur sejenak. Sekitar pukul 8.30 pagi, dia mengejutkan ana lagi. Ketika ana bangun memang terasa lemah dan lenguh-lenguh pada sendi badan.

Kelihatan bilik telah dikemas, kain baju telah dibasuh dan disidai.

Dia zaujah ana memimpin ana ke tandas dan terus memandikan suaminya yang amat dicintai ini. Dia mengosok tubuh ana sambil memberikan kata-kata semangat. “Ini adalah ujian Allah, Allah nak bagi pahala” ujar zaujah ana.

Bila melihat kesungguhannya disaat memandikan ana, memang terasa terharu. Inilah dia Isteri Solehah kurniaan Allah, pagi petang tidak lupa membaca Al-Quran, sentiasa memahami dan menjalankan tanggungjawabnya pada Allah dan suami.

Selesai sahaja mandi dan lengkap berpakaian, kami ke Klinik yang berhampiran. Doktor di klinik tersebut sedikit terkejut bila melihat termometer yang menyukat suhu badan ana. “over 100″ itulah yang terkeluar dari mulutnya. Suhu badan ana lebih dari 100 darjah Fahrenheit. Ana diberikan satu injection dan ubat.

Sampai dirumah, zaujah ana terus menyediakan makanan berupa bubur. Ana disuapkan, dan sepintas lalu ana terkenangkan saat ketika zaman bujang dikampus dahulu. Seorang sahabat karib pernah menyuapkan makanan ke mulut ana ketika ana dimasukkan ke dalam wad di HUSM. Tapi kali ini rasanya berbeza. Walaupun tekak terasa perit untuk menelan makanan dan air, berkat keikhlasan seorang wanita yang bergelar zaujah ini segalanya mampu ana hadapi. Walaupun cuma beberapa sudu tetapi ia cukup untuk mengenyangkan perut ana.

Ana terpaksa batalkan dan menarik diri dari semua program sepanjang hujung minggu ini kerana tidak terdaya. Ana hanya mampu terbaring di atas katil, merenungkan kekerdilan diri sebagai hamba Allah. Dua hari ana terbaring dan tak mampu buat apa-apa. Semua kerja rumah, zaujah ana terpaksa lakukan bersendirian.Apatah lagi kuliah dan makmal yang sepatutnya ana hadiri.

Selalunya, dihujung minggu, ana akan membantunya membasuh kain atau bersihkan rumah. Kali ini ana tak berdaya langsung. Assigment ana pun turut zaujah ana terpaksa uruskan. Terharu bila melihat zaujah ana sibuk menghubungi rakan-rakan ana untuk bertanya tentang sebarang ‘assignment’ atau tugas yang mungkin ana terlupa laksanakan. Inilah dugaan Allah dan ana redha takdirNya ini.

Sesungguhnya Allah Maha Hebat dan Maha Agung. Ia Maha Pemurah dan Maha Menyayangi. DiberikanNya kita penyakit tetapi dalam masa yang sama dosa kita dihapuskan, pahala kita ditambah. Dianugerahi kita dengan kasih sayang dan kenikmatan hidup.

Hidup suami isteri memang menarik. Walau sebanyak mana kita bersahabat, tetapi dengan adanya seorang isteri yang solehah sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Berkat seorang Isteri yang selalu mendoakan suaminya, InsyaAllah kita akan lebih maju kehadapan, asal sahaja kita tidak lupa pada tanggungjawab.

Kehidupan ini adalah satu tanggungjawab. Sebaik sahaja kita buka mata disubuh hari kita sudah ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Kita tidak mampu hidup bersendirian, kita perlukan teman untuk kita meneruskan kehidupan ini.

Ana pernah hidup membujang, tetapi bila sudah berkahwin terasa banyak kelainan. Ringan bahu dan makin bersemangat untuk berjuang.

Kepada sahabat-sahabat yang belum berkahwin, ana nasihatkan untuk berkahwin segera. Jika tidak mampu berkahwin 4, kahwinlah 3, jika tak mampu, ambillah 2, jika tak mampu juga, cukuplah dengan 1. Kahwin ini satu amanah, tetapi dengan satu amanah ini, banyak amanah lain akan menjadi ringan dibahu kita. Terpulanglah pada kita untuk menjaga dan menguruskannya.

Dibelakang seorang lelaki yang hebat itu, pasti ada seorang wanita solehah yang menyokongnya. Jadi janganlah abaikan wanita yang bernama Zaujah ini, jagalah ia sebagai mana kita menjaga rusuk-rusuk yang ada dalam tubuh kita. Dekat dihati, menenangkan rohani.

Kisah ini sengaja ana khabarkan sebagai menterjemahkan sedikit keindahan alam rumahtangga dan penghargaan buat Zaujah ana yang tercinta serta zaujah para pejuang yang tabah, ikhlas dan taat pada suami mereka di seluruh dunia ini. Teruskan kebaktian anda pada suami demi Allah dan doakan semoga mereka akan terus gagah berjuang kerana Allah-

Diolah oleh: Hijau Yang Damai

21 Responses to Bisakah Kamu Disisi ku Seperti Ini Wahai ‘Dukturah’ ??
  1. fuyooo…xmati ke lbih dr 100 suhu tu>??wahahah..tua la ko tu dr..

  2. haha..btul gak tuh>???logik x citer ni??ke pakai reka je jalan citer die nih…??

  3. semoga apa yang telah dipaparkan akan dijadikan sebagai suatu nasihat yang berguna dan mampu memberikan gambaran kehidupan yang sebenar di alam perkahwinan. usah dipersoalkan sama ada logik ke tidak, benar ke bohong..apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan kepada kita semua..tapi sekiranya cerita tersebut adalah benar, syabas diucapkan kepada Zaujah dr!teruskan berbakti kepada suami dan anak-anak..kepada yang sedang syok ‘bercouple’, sampai bila you all nak berkepit ke sana ke mari.cuba bandingkan cerita ini dengan entum semua, mampukah sebahagia ini bila kahwin nanti (kalau ada jodoh dengan pasangan entum)? yakinkah entum dapat memberikan sepenuh perhatian kepadanya? kalau sudah sampai seru, apa salahnya jika kahwin, selesai masalah..bukankah begitu?

  4. aiyuwaa…betul2
    emmm….jom lets kahwin!..huhu no laa..those yg dah banyak terlanjur spt pegang tangan ke,duduk tersorok kat blkng rumah ke…baik kahwin,
    dpt jauh Fitnah,
    jauh Dosa,
    Jauh Neraka..
    tak gitu…

    tp..jgn sbb citer ni..smua pakat gian cari pasangan plak..haru biru pulak mansourah tu!!
    Selamat Malam!

  5. Suhu badan tu ada kesilapan.. Bukan over 100 celcius.. over 100 fahrenheit.. for most medical purpose the Celcius scale has replaced the Fahrenheit scale.. 1 Celcius = 33.8 fahrenheit

  6. betul ker cerita 2?

  7. wes…ckup la duk koya yer..p study nuh..

  8. assalamualaikum..1st ly..pe citer nih??br bce tajuk pon da geli geleman..aduhaaii..da xsaba nk kawen ke??..cubela post mnde2 yg ilmiah ke..yg meramgsang mnda sbg studnt medic ke..ni x..bab kawen33..dtg sini nk kawen je ke?bkn la kate kawen tuh salah..bkn..sume org pon nk kawen tp utamakan lah yg utama dulu..btw,tgk niat msg2..wassalam

  9. assalamualaikum~suatu bahan yg menarik untuk di jadikan contoh dan tauladan.Perkahwinan sememangnya indah.Semua insan mengimpikan perkahwinan yang bahagia,dikurniakan isteri solehah n anak yg soleh-solehah.Tetapi apa yg saya ingin persoalkan di sini adakah perkahwinan yang ingin kita bina adalah di atas dasar inginkan zaujah yang solehah,keluarga bahagia semata-mata? perkahwinan perlukan matlamat.perlukan perancangan yang teliti.Lebih-lebih lagi jika pelajar perubatan seperti kita ingin mendirikan rumahtangga.Kuliah yang sibuk.Aktiviti persatuan jika yang memegang jawatan-jawatan penting dalam persatuan..Semua itu perlu di timbang dengan baik dan teliti.Kita juga perlu menimbang kehidupan kita pada masa akan datang kerana kita bukan berkahwin pada waktu belajar sahaja malahan untuk sepanjang hayat.Bagaimana pula dengan cita-cita dan matlamat kita setelah kita bekerja dan bergelar doktor? Apakah perancangan kita? Fikirlah dengan jauh dan meluas. Fikirlah kemungkinan masa panjang dan pendek.Fikirlah..tidak salah untuk berzaujah pada waktu ini tetapi rancanglah kemungkinan hidup selepas perkahwinan nanti.Tetapkan matlamat.Bagaimana hendak menyara hidup,merancang keluarga,membahagikan masa dan sebagainya.Jika anda sudah tetap matlamat dan tujuan,sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga,barulah para doktorah yakin untuk merima pinangan para doktor sekalian..wallahu ta3ala a3lam.

  10. salam..hmmm..knape sejak akhir2 ni asyik2 nk wat post psl cinta la kawin la…rase lg best klo wat psl kehidupan kte sbgai plajr medic..nasihat or pedoman ke…ni tba2 dh masuk kawin..rase cam dk ke dpn sgt je…baru je nk mulakan kehidupan sbgai plajar ni…yg smememangnye bnyk ranjau dan cabarannye…bnyk lg mende nk ditempuhi..mmg la bleh pn klo dh ade keinginan dan rase cukup sempurna utk melaksanaknnye…tp rasenye kbnykn kami ni masih lg naif…diri sndiri pn masih x terurus…bljar pn dh pening kepale….
    hmmm…

    apsl la sejak akhir2 ni tajuk2 psl cinta kawin ni asyk muncul je..
    hihihi…

  11. Pandangan ana sama dgn doktorah mansorah. Bukan salah bkahwin awal tp sbg student medic, kt mesti ada matlamat n tujuan. Ana pinjam kata-kata Abu Saif:

    Memikirkan gelombang hidup berumahtanggalah, saya tidak gembira apabila ada pelajar yang berkata, “saya perlu segera kahwin kerana bimbang terjebak kepada yang haram!”

    Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya… semata-mata. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.

    Jika daya tahan dirimu terlalu lemah, hingga menolak zina pun jadi masalah… di mana kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak?

    Saya tidak sama sekali menghalang perkahwinan semasa belajar. Tetapi janganlah perkahwinan itu semata-mata untuk menghalalkan apa yang haram. Perkahwinan perlu dibina dalam keadaan yang rasional… bersulamkan emosi pengikat diri. Bekal utama hidup berumah tangga, khususnya bagi sang suami, adalah kekuatan mengawal diri… Atas kekuatan itu Allah amanahkan Talaq di tangan suami!

    Langit tidak selalu cerah…

    Ada hari, rumah tangga belayar dalam perahu cinta. Ada harinya pula, rumah tangga bertahan dengan rasa tanggungjawab dan amanah di sisi yang Esa. Cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah jati diri.

    Anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun jadi kepayahan, halau dirimu dari cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan.

    Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin.

    Kerana rumahtangga bukan utopia Cloud 9. Ia adalah kombinasi suka dan duka.

    Namun dalam derita tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia. (end)

    Ingatan pd diri n smua…Semoga tindakan kt rasional…Tetapkn matlamat n tujuan anda…Andai anda yakin dgn jln anda utk bkahwin awal, istikharah dan sahut la cabaran.Bak kata Abu Saif jgn merancang utk naik pelamin shj tp masukkan skali urusan lampin.

    Ada yg kata sronok bkahwin adalah bcinta tp amanah bkahwin dugaan yg besar. Kpd yg masih mampu mngelak maksiat, elakkan. Kpd yg sedang (coupke) sedarlah dan carilah jln penyelesaian tbaik.Wallahualam…

    p/s: banyakkan artikel ilmiah lg afdhal

  12. “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

  13. assalamulaikum..
    saya baru mengenali blog PCM ni..
    masa baca2,tertarik sgt dgn cerpen ni..
    saya mahu copy paste..
    nak disampaikan pada sahabat2 yg lain..
    utk pgetahuan PCM saya pelajar dr morocco..
    harap akhi xkesah saya ambil cerpen ni..
    wassalam..

  14. bismillah,pertama kali tahniah kpd penulis sbb berjya meluahkan isi hati(sbb besenya,org yg tulih cerpen neyh die gmbrkan diri die).pdpt sy trhadp cerpen neyh,mgkin harapan yg sgt tggi from every single man.inginkan ksempurnaan(smpurna xbermksud cntik,pndai,baik).perhatikan lh wahai manusia,wanita berbeza dn dtg dgn pakej lengkap-ade baik n buruk.n pertnyaan bisakah kamu disisiku spt ini wahai dukturah?adlh 1 persoalan yg amat berat ntuk djawab,cube kalo persoalan tuh dcerminkan blik kpd penulis n sume kaum Adam?kalo nk dpt zaujah sbaik tu,bkn nak kate mustahil(dr pmerhatian ana,rmai je peljr2 kat cni ade sikap amik berat n penyayang),tp stiap hri nak cmtu?agk mencabar la rasenya,sbb dr kater penulis,zaujah yg dgmbrkan mcm xstdy plak(n komen ntuk penulis,biarlah jalan crite mmg seiringn dgn khdupan SEBENAR pljr medic).tp,mmg 1 hrapan smua llaki inginkan wanita bergelar zaujah mahbubah solehah,nmun,realitinya skrg??tepuk dada tnya iman.n perhatikan alam skeliling.dlm bi`ah n latar blakang yg berbeza,tulang rusuk bkn nye lahir2 nya lurus kan?mmpukah kau menjadi imam disisi kami wahai duktur?fkirkan sejenak…n plus,kalo ade kat cni yg bercita2@berkeinginan nak berkawin dgn seorg dukturah@duktur,n waktu stdy,bersedialah nak berkerjasama dlm bab uruskan rmah tngga.sbb masing2 dlu time bujang,masak skali je smggu(kalo rmah 5-6org),bsuh baju sndiri,lipat baju sndiri,tp bile dah bernikah,urusan rmah tngga neyh(umumnya di wat oleh zaujah kan?)kena la berkerjasama skit.sbb kerja ni akn berganda pd pihak zaujah.so,zauj2 yg nak zaujah yg rajin n best2.mulakan pada diri sndiri.n sy amt menggalakkn mane2 yg kapel@tunang ke,bernikah la bile diri dah bersedia,sbb pernikahan bkn 1 perjanjian@kontrak berkerja dgn hospital.jadilah telur yg sempurna,sbb telur tnpa isi,xberguna,n apatah lg isi tnpa kulit..sape nak kan mkan tlur ayam yg xberkulit?sape yg fhm,fhm lah ape mksud ana neyh.mane yg xfhm,perhatikan kejadian Allah ni.ape yg kiter dpt from solat kalau aurat terdedah?solat buat,tp berpegangn tgn?kluar berdua2an yg bleh mmbwa fitnah?adakah kiter mmpnyai kulit yg berkualiti?fkirkan scr analogi nyer….wassalam

  15. Assalamualaikum…

    1st time saya `terserempak’ dgn blog ni…
    alhamdulillah…. semoga Allah terus memberikan kekuatan pd akhi & saudara yg lain utk terus berjuang
    semoga kekuatan itu juga diberikan pd saya…
    dah beberapa kali saya miss usrah…
    baru berpindah… masih tgh sesuaikan diri di samping tugasan

    psal bab perkahwinan ni…
    ingin sekali saya berkongsi pengalaman
    pernikahan saya dengan suami di luar negara
    jauh beribu batu dari malaysia
    tanpa pengetahuan keluarga saya
    (Keluarga suami amat menyokong,
    keluarga saya terus-terusan menentang
    bukan kerana financial prob or anything else
    kerana keluarga kedua-dua belah pihak
    blh dikatakan senang
    tetapi hanya kerana kami masih student)
    x sanggup melukakan hati keluarga saya sekiranya
    berita pernikahan itu dibongkarkan
    kami terpaksa berpura-pura selama hampir 3 thn
    sekadar menjadi `tunangan’ di depan mata keluarga saya
    tamat pengajian… kami `dinikahkan’ oleh bapa saya
    tetapi entah mengapa…
    pada hari `pernikahan’ tersebut
    tiada secebis ingatan malah saya sendiri tidak terdengar akan lafaz nikah tersebut
    walhal… saya duduk diruang beberapa meter sahaja drpd `pengantin lelaki’ dan bapa saya
    sehingga kini… memori saya hanyalah pernikahan saya yg dijalankan oleh imam di sebuah masjid di negara mat salleh
    bersaksikan oleh beberapa student Malaysia yg lain
    wallahualam

    Alhamdulillah, kini kami menjadi pasangan yg `normal’…
    mcm org lain
    tiada lagi pulang beraya berasingan, juga pulang cuti semester juga berasingan…
    tetapi mungkin tiada cuti hujung minggu….
    x dpt bersiar-siar bersama anak2 setiap weekend
    kerana tugas suami dan saya yg serupa…
    tapi kami amat2 bersyukur…. masa kami bersama…
    kami penuhi sepenuhnya….
    sekiranya x oncall… saya dan suami berjemaah di rumah
    diiringi dengan suara dan gelagat anak2 yg masih kecil
    yg cuba mengikut gerak atur solat kami
    mengajar anak2 yg membazir itu tidak disukai Allah…
    mengulangkaji bersama anak2 yg dah pandai berkata “mama, abang tengah study mcm abah, jap lagi abg sleep”

    juga terasa puas hati,
    atas keberkatan hidup berumahtangga…. dengan izinNya
    saya dan suami mampu berjaya menggenggam ijazah
    malah suami sedang menyambung pengajian utk menjadi seorg pakar….
    saya?… insyaAllah… tahun nih cuba lagi mohon smbg master
    ramai takut utk berkahwin… takut x berjaya dlm cita2 menjadi seorg pakar bedah la… pakar jantung laa…
    tapi yg sebenarnya berdoalah agar Allah memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat
    saya juga sering mengingatkan diri…
    tatkala sedih terpaksa berpisah dgn suami dulu-dulu krn cuti semester/ pulang beraya berasingan
    juga ketika keadaan kini yg x kurang dengan cabaran hidup…
    Allah x akan beri kita dugaan or cubaan yg sebenarnya kita x mampu tanggung

    Bagi saudara2 saya…
    jgn takut berumah tangga… tetapi pilih laa pasangan anda
    pilih sekadar paras rupa dan cinta yg buta…
    x akan membawa ke mana2
    pilih laa bakal suami or bakal isteri kerana pengetahuan agamanya
    pasti pasangan kita tu x akan menganiaya kita…
    kerana kita dan pasangan perlulah lengkap-melengkapi
    ingat-mengingati…
    kalau tiba suami malas attend prog usrah kerana letih etc…. isteri ingatkan
    kalau suami ada rasa keberatan utk keluarkan sedikit peruntukan utk bersedekah etc…
    kita sbg isteri kena ingatkan juga
    begitu juga dengan kita para isteri…
    kalau malas solat sunat dan x luangkan masa baca Quran…
    suami pula akan ingatkan
    perkahwinan itu indah….
    dan kita kena berusaha mengindahkannya lagi
    semoga keluarga / perkahwinan yang saya dan suami bina ini akan sentiasa diberkati Allah…
    begitu juga dengan saudara semua
    semoga kita dpt mencontohi Rasullulah saw dan Khadijah, seperti Ali dan Fatimah
    insyaAllah

  16. Nice site, its very interesting site! your site is fantastic.

  17. Assalamualaykum wbt.
    Dengan menikah akan mencukupkan kekurangan diri, menambahkan ketenangan dan memberikan semangat dalam menjalani kehidupan, insya Allah…(nasihat untuk diri sendiri juga yang masih mencari)^_^

  18. tahniah atas ruangan ini yang dapat membantu
    dalam memberi pandangan dan menimba pengetahuan..
    semoga terus berjaya…
    amin….

  19. Siapa yang tulis post ni?? Admin boleh bagi tahu siapa? Penulis ni kah yang dah kawin?

  20. ni ana copy paste dr iluvislam.com
    agak menarik kisah teladan ni..semoga kt smue dpt ambil iktibar drnya..

    ABBAS berkata: “Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?” Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”

    Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh”.

    Sa’ad berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya.”

    Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: “Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?”

    Maka yang hadir berkata: “Tidak ya Rasulullah.”

    Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa’ad: “Adakah kamu mengetahui di mana rumahnya?”

    Sa’ad berkata: “Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah.”

    Rasulullah berkata: “Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya.”

    Amru mempunyai seorang puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah.

    Sa’ad meminang puteri Amru

    Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh.

    Amru semakin tidak senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa’ad keluar dan terus bertemu Rasulullah.

    Selepas Sa’ad pergi, maka puterinya berkata: “Wahai ayah, carilah selamat sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”

    Maka pergilah Amru ke majlis Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang berada di situ: “Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah?”

    Amru berkata: “Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka.”

    Selepas itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada isterinya.

    Kesempitan wang untuk berkahwin

    Lalu Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa minta daripada saudara saya.”

    Rasulullah berkata: “Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200 dirham.”

    Maka Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, juga menerima lebih 200 dirham.

    Panggilan Jihad

    Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya, tetapi tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan: “Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!

    Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah berkata: “Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk berjihad!”

    Maka Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa: “Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul.”

    Sa’ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali.

    Maka Ali berkata: “Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”

    Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir.

    Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun daripada kudanya, dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: “Adakah kamu Sa’ad?”

    Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

    Sebaik saja Sa’ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya.

    Baginda bersabda: “Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.”

    Rasulullah menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda: “Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.”

    Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?”

    Maka Rasulullah pun menerangkan: “Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya. “

    Kemudian Rasulullah ditanya lagi: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya? “

    Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya.

    Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu.”

    Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah.

    Selepas itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu.”

  21. Nice story.. Simple n mudah faham.. huhu..


[top]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *