Pada 25hb November yang lalu, bertempat di ARMA,satu perjumpaan antara pelajar-pelajar Perubatan dengan wakil-wakil kementerian telah diadakan. Antara wakil kementerian yang hadir ialah Prof Madya Dato Dr Hasan Said,Ketua Bahagian IPT,Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato Prof Abdul Latif, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Puan Kamariyah, Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hampir semua pelajar Sains Kesihatan Universiti Mansurah menghadiri perjumpaan tersebut.Sebanyak 6 buah bas telah disediakan untuk membawa pelajar dari Mansurah ke Kaherah. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh wakil pelajar Mansurah, Muhammad Taqiyuddin Yahaya bermula pada pukul 3 petang dan berakhir selepas maghrib.

Antara isu yang diutarakan dalam perjumpaan tersebut ialah isu berkenaan ‘housemanship’ bagi lepasan ijazah perubatan yang dilanjutkan kepada 2 tahun untuk menjadikan para doktor lebih kompeten dan berketrampilan dalam hubungan dengan pesakit.
Pelajar yang menerima tajaan biasiswa juga mengambil kesempatan ini mengemukakan cadangan untuk menaikkan biasiswa dan bantuan kewangan untuk pelajar persendirian.
Pelbagai persoalan yang telah diajukan,dan hampir kesemuanya terjawab. Kemesraan wakil-wakil kementerian yang hadir menambahkan lagi keceriaan majlis dan kelancaran program pada hari tersebut.

Semoga dengan kehadiran wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang terbuku di benak pelajar Perubatan Mesir khususnya di Mansurah.

Wallahu ta’ala a’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *