Pengenalan

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN adalah program rasmi tahunan yang menghimpunkan para ahli PERUBATAN untuk sama-sama berbincang dan menyumbangkan buah fikiran dan idea bernas bagi memastikan PERUBATAN dapat terus memperjuangkan misi dan visi penubuhannya dengan sebaiknya. Para ahli seharusnya menggunakan peluang dan ruang yang diberikan ini dengan sebaiknya agar PERUBATAN lebih bersinergi dalam melaksanakan gerak kerja untuk merealisasikan objektif-objektif yang telah disepakati bersama. Mesyuarat ini juga akan menyaksikan peralihan kuasa daripada tampuk pimpinan lama kepada pucuk pimpinan baru yang telah dipilih pada pilihanraya PERUBATAN bulan Disember yang lepas. Sebagaimana mesyuarat yang diadakan pada tahun lepas, sistem perwakilan dan pemerhati masih lagi diguna pakai dengan harapan agar suara, pandangan dan cadangan dari setiap ahli di semua cawangan dapat disampaikan sepenuhnya memandangkan masa mesyuarat yang terlalu singkat.


Definisi

Usul

    1. Perbahasan Perlembagaan untuk pindaan atau hapuskan dsb.

 

  • Berkaitan hal-hal dalam Perlembagaan

 

 

  • Menggunakan ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.

 

 

  • Setiap patah dalam lafaz usul boleh dibahaskan oleh perwakilan.

 

 

Isu

    1. Membincangkan isu semasa berkaitan pada sesi perbahasan ucapan dasar

 

  • Membabitkan perkara bukan berkaitan dengan perlembagaan

 

 

  • Isu akan dibincangkan dan akan diambil tindakan lanjut oleh AJKT baru untuk keputusan seterusnya.

 

Cadangan

    1. Cadangan bertulis akan dikumpulkan dalam kotak cadangan pada hari berlangsungnya MAT.

 

  • Setiap cadangan akan diterima tetapi pelaksanaannya bergantung kepada keputusan AJKT.

 

Perwakilan

  1. Ahli PERUBATAN yang matang keahliannya dan mendaftar sebagai perwakilan MAT serta boleh membahaskan usul dan mengemukakan cadangan.

Pemerhati

  1. Ahli PERUBATAN yang hadir semasa MAT tetapi hanya sekadar meninjau dan melihat majlis berlangsung tanpa boleh bersuara.

Etika perwakilan:

    1. Pelajar merupakan ahli PERUBATAN yang telah matang tempoh keahliannya iaitu selama setahun (pelajar tahun 2 dan ke atas).

 

  • Pelajar telah membayar yuran tahunan PERUBATAN yang ditetapkan.

 

 

  • Pelajar yang layak mengundi pada pilihanraya PERUBATAN yang lepas.

 

 

  • Berpakaian kemas.

 

 

  • Menghormati majlis sepanjang MAT berlangsung.

 


Hak-hak perwakilan:

    1. Perwakilan hanyalah sebagai medium untuk menyampaikan suara ahli dalam setiap cawangansemasa mesyuarat agung.

 

  • Setiap perwakilan berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat bagi mewakili cawangan masing-masing sepanjang mesyuarat berlangsung.

 

 

  • Perwakilan diberi hak untuk mengemukakan cadangan bertulis.

 


Etika pemerhati

          1. Semua ahli PERUBATAN yang tidak menjadi perwakilan termasuk ahli tahun 1 layak menjadi pemerhati MAT.

 

  • Pelajar telah membayar yuran tahunan PERUBATAN yang ditetapkan.

 

 

  • Menghormati majlis sepanjang MAT berlangsung.

 

 

  • Berpakaian kemas.

 


Hak-hak Pemerhati

          1. Pemerhati tidak mempunyai hak secara langsung untuk memberikan cadangan dan bersuara sepanjang mesyuarat berlangsung.

 

  • Tetapi pemerhati boleh mewakilkan para perwakilan untuk bersuara.

 

 

Etika Pemakaian

Lelaki

    1. Berkemeja kemas

 

  • Memakai kasut.

 

 

Perempuan

    1. Menutup aurat.

 

  • Memakai baju kurung atau jubah.

 

 

  • Memakai kasut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *