Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu


Musim peperiksaan kini menjelang kembali. Suasana ulangkaji di kala ini mengisi ruang dan detik masa setiap pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.


Maka bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, dengan itu kami dari pihak AJK PERUBATAN Cawangan Mansurah 2009/2010 ingin mengucapkan
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN kepada seluruh ahli PERUBATAN dengan harapan moga-moga dengan usaha ahli PERUBATAN sekalian untuk mencapai kejayaan di dalam peperiksaan ini adalah menjadi satu nilai ibadah di sisi Allah. Kita tukar sejarah lama kita, andai kata ia gagal,kita jadikan ia kejayaan. Dan andai kata ia adalah kejayaan, jadikan ia kejayaan yang lebih berjaya dari masa yang lalu.


Usaha sebaik mungkin, iringi usaha bersama doa dan akhirnya berserah dan bertawakallah kepada Allah. Buat akhirnya, ingatlah bahawasanya tiada ujian yang lebih baik melainkan ujian daripada Allah kepada hambanya. Moga- moga kita tergolong daripada kalangan doktor mukmin yang kita harapkan.

Sekian.Terima kasih



Mengungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

PERUBATAN Cawangan Mansurah

Sesi 2009/2010

2 Responses to PERUBATAN Mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan
  1. ajk akhawat ade gelombang~

  2. gelombang apakah?


[top]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *