1) Pengguna hendaklah terlebih dahulu memaklumkan Tarikh, Tujuan dan Masa secara tepat kepada Timbalan Pengerusi 1 , Saudara Muhammad Hanif bin Mahamud, merangkap unit Perancang PCM 09/10.

2) Makluman tentang penggunaan hendaklah 3 hari sebelum program atau aktiviti itu diadakan.

3) Tujuan yang lebih penting akan terlebih dahulu didahulukan sekiranya sesuatu program atau aktiviti bertembung antara satu sama lain di bawah nasihat Pengerusi PCM , Saudara Muhammad Ikram bin Ishak.

4) Program-program yang melibatkan kepentingan persatuan dan madrasah Imam Nawawi akan diutamakan daripada aktiviti yang melibatkan individu.

5) Pengguna mestilah mengemaskan Darul Rahmah seperti keadaan yang asal sebelum penggunaannya.

6) Kepada mana-mana individu yang ingin menderma untuk tabung Darul Rahmah, bolehlah memberinya secara terus kepada Unit Perumahan PCM 09/10/

Wasalam

Disediakan oleh,

Muhammad Hanif bin Mahamud
Timbalan Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 09/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *