Dari Mu’awiyah r.a.,katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.” (Muttafaq ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga.” (Riwayat Muslim)


Assalamualaikum,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda dan para sahabat.

Merujuk kepada Kelas Tafaqquh Mingguan anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI) yang kebiasaannya diadakan pada Ahad jam 8 malam di Darul Rahmah.InsyaAllah, perjalanan kelas tafaqquh ini akan diteruskan seperti biasa dan akan tawakuf sehingga akhir bulan April ini. Hal ini bagi memberi peluang dan meraikan sebahagian mahasiswa/i perubatan,pergigian mahupun farmasi yang tidak menduduki peperiksaan sepanjang bulan April ini untuk terus menceduk ilmu-ilmu Islam terutama berkaitan dengan fiqh perubatan.

Semoga dengan kesempatan dan peluang yang diberikan ini, dapat kita sama-sama manfaatkannya. Mudah-mudahan sedikit ilmu yang kita peroleh daripada kelas tafaqquh ini dapat menjadi penyuluh buat kita agar tidak tergelincir daripada landasan Islam. PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) amat berbesar hati dan mengalu-alukan semangat dan kesungguhan mahasiswa/i Mansurah dalam menuntut ilmu di bumi anbiya’ ini.

Akhir kalam,semoga budaya yang baik ini dapat diteruskan dan menjadi amalan bagi seluruh warga Mansurah.

“ILMUAN BERBAKTI TEGUH SEHATI”“Cintai Rasulullah Pemangkin Biah Solehah”


Yang menjalankan amanah :

Muhammad Ikram bin Ishak,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2009/2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *