20 April, Mansurah- Biro Pembangunan Insan dengan kerja sama Biro Sukan dan Aktiviti Luar telah menganjurkan program “Smart Circle’s Day”. Program ini dijalankan dalam bentuk riadah, sesuai jiwa warga Mansurah yang gemarkan aktiviti sukan di samping dapat lebih mengenali antara satu sama lain.

Para peserta telah tiba seawal jam 7.30 pagi. Pendaftaran berjalan dengan baik dan sarapan pagi berbentuk roti telah disediakan. Program bermula dengan ucapan perasmian majlis oleh saudara Muhammad Zaki bin Zainal Abidin, selaku ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN Cawangan Mansurah. Program disusuli dengan bacaan Asmaul Husna dan nyanyian lagu tema. Kemudian, majlis diteruskan dengan pembentangan SC Amali oleh para mentor kepada adik-adik usrah berkaitan dengan Peperangan Uhud.


Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu sesi permainan. Bagi menjaga ikhtilat, permainan ikhwah dan akhawat diasingkan. Permainan bagi lelaki dan perempuan berbeza. Bagi ikhwah, terdapat 4 permainan yang disediakan iaitu Helikopter, ‘running chess’, tarik tali dan rakit darat. Manakala di pihak akhawat, permainan yang disediakan termasuk tikar ajaib, belon, ‘blind’, ulat dan DOTA. Setiap permainan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli usrah, menjaga amanah dan akhlak, mengatur strategi, mematuhi arahan pemimpin dan yang paling penting sekali adalah memantapkan ukhuwah antara satu sama lain. Terdapat seorang peserta ikhwah yang cedera akibat bermain permainan Rakit Darat kerana memakai pakaian sukan yang kurang sesuai. Setelah tamat permainan, para peserta akhawat diberi makan tengah hari manakala para peserta ikhwah dibenarkan membawa pulang makanan mereka.

Berikut merupakan senarai kumpulan yang menang:

Kumpulan ikhwah:

Tempat Pertama: Kumpulan 1

Tempat Kedua: Kumpulan 2

Tempat Ketiga: Kumpulan 4

Tempat Keempat: Kumpulan 3

Kumpulan akhawat:

Tempat Pertama: Kumpulan Snow White

Tempat Kedua: Kumpulan Rapunzel

Tempat Ketiga: Kumpulan Elsa

Tempat Keempat: Kumpulan Cinderella

Majlis penutup dan penyampaian hadiah berlangsung secara berasingan. Di pihak ikhwah, saudara Muhammad Firdaus bin Jahari telah menjadi pengerusi majlis dalam menjalankan sesi penyampaian hadiah kepada peserta. Manakala di pihak akhawat, saudari Nurfathin Shafika Lothfi bertugas sebagai pengerusi majlis. Hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh saudari Hawa Mahirah binti Mohd Ghazali, selaku Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah diiringi oleh saudari Nor Izzah Atirah binti Ramli selaku Timbalan Pengarah Program Smart Circle’s Day. Majlis di pihak akhawat berakhir dengan ucapan penutup oleh saudari Nur Athifah binti Baharudin selaku Timbalan Pengarah Mentor Council.

Semoga program Smart Circle’s Day ini dapat menjadi medium bagi para mentor dan mentee dalam mengikat tautan ukhwah dan lebih mengenali antara satu sama lain.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

Disediakan oleh,

Nadiah binti Abdul Halim,

Setiausaha Smart Circle’s Day,

Biro Pembangunan Insan (BPI),

PERUBATAN Cawangan Mansurah 14/15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *