10170718_620979984656640_8520449288769597238_n-675x513

 

Satu  kunjungan  mahabbah  telah  dijalankan pada 17 April yang lalu bagi  menziarahi  ahli PERUBATAN yang  ditimpa  musibah.  Ahli PERUBATAN  terbabit  merupakan  pelajar  Tahun 3 Perubatan  Manchester   Universiti  Mansurah. Mangsa  telah  dirompak  di  Syaima’  berdekatan  dengan  ATM  National  Bank  of  Egypt.

Pada  9  April  yang lalu,  sekitar  jam  dua  petang,  mangsa  ke  ATM  National  Bank  of  Egypt  di Syaima’ seorang  diri  untuk  mengeluarkan  duit.  Selepas  mengeluarkan  duit,  mangsa  berjalan  keluar  dari bank  sebelum  ditegur  oleh  seorang  pemuda  arab  lingkungan  umur  awal  20-an. Mangsa  ditarik  masuk  ke  sebuah  lorong  berdekatan  kawasan parking kereta  di hujung  Syaima’.  Rupa-rupanya, beberapa  pemuda  arab  lain  dipercayai  rakan  kepada  pemuda  arab  tersebut  telah  bersiap  sedia  menunggu  mangsa.  Salah  seorang  daripada  arab  tersebut  telah  bertindak ganas dengan  menghunus  pisau  Rambo  ke  arah  mangsa  dan  memaksa  mangsa  untuk  menyerahkan  wang. Bimbang  dicederakan,  mangsa  menyerahkan  kesemua  wang  yang  baru  sahaja  dikeluarkan  daripada   ATM.  Mangsa  telah  mengalami  kerugian  sebanyak  LE 1800.  Sejurus  selepas  mengambil  wang,  pemuda-pemuda  arab  tadi  meninggalkan  mangsa. Mangsa  tidak  mengalami  sebarang  kecederaan.

Ziarah  mahabbah  ini  turut  disertai  Pengerusi  PERUBATAN  Cawangan Mansurah,  Shameer  bin  Abdul  Rahman,  Penasihat  PERUBATAN  Cawangan  Mansurah,  Muhamad  Syazni  bin  Mohamad Asraff,  Ketua  Biro  Kebajian  (BCARE),  Mohd  Khairul  Anuar  bin  Jaffar,  dan  Pengarah  JAKSI, Ahmad  Asyraf  Hafiz  bin  Zainudin.

Selepas  hampir  satu  jam  menziarahi  mangsa,  kami  mengambil  keputusan  untuk  beredar. Sebelum  pulang,  sumbangan  berbentuk  wang  tunai  daripada  Tabung  Kasih  Sayang  (TKS) telah  diserahkan  kepada  mangsa.  Semoga  kunjungan  mahabbah  ini mampu  memberikan  semangat  kepada  mangsa  agar  tabah  dan  mengeratkan  lagi  hubungan  silaturrahim  yang terjalin  antara  barisan  kepimpinan  dan  ahli.

Sehubungan  itu,  kami  daripada  PERUBATAN Cawangan  Mansurah  ingin  sekali  lagi  menasihati  mahasiswa/wi  Universiti  Mansurah  agar  berhati-hati  sewaktu  berjalan  di luar  dan  sentiasa  peka  dengan  isu-isu  keselamatan  di mana  jua  anda  berada  memandangkan  telah  banyak  kejadian  samun  dan  ragut  berlaku.

Sebarang  masalah  berkaitan  kes  keselamatan  mahupun  sahsiah  bolehlah  dilaporkan  kepada :

Pengarah  JAKSI  PCM  14/15 :
Ahmad  Asyraf  Hafiz  bin  Zainudin  +201115044064

Timbalan  Pengarah  JAKSI  PCM  14/15 :
Rabiatul  Adawiah  binti  Sulaiman  +201116269874

 

“Ilmuwan  Berbakti  Teguh  Sehati”

 

 

Disediakan  oleh,

Farah  Hafizah  binti  Othman,
Setiausaha  Biro  Kebajikan  (BCARE),
PERUBATAN  Cawangan  Mansurah   14/15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *