life 5

 

KHAMIS, 8 APRIL 2014 – Program Love Islam For Eternity 5.0 (LIFE 5.0) yang bertemakan “Pelangi Kita” telah diadakan di Qaah Ibnu Sina (QIS) baru yang bertempat di Syarie’ Hendawi. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Mentor Council bawah pantauan Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) 2014/2015 dan khusus untuk mahasiswa/wi tahun 1 Mansurah.

Program ini bermula pada jam 5.30 petang dengan kehadiran para peserta dan sesi pendaftaran serta disajikan makanan oleh pihak penggerak program. Sambutan amatlah memberangsangkan kerana seramai 104 peserta yang berdaftar dibandingkan dengan LIFE 4.0 iaitu seramai 89 orang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis, saudara Muhammad Imran bin Jaamat. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil PCM iaitu saudari Hawa Mahirah binti Ghazali, Timbalan Pengerusi PCM 2014/15. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengarah LIFE 5.0 sendiri iaitu saudara Ahmad Mansur bin Abdul Hamid dan secara langsungnya merasmikan program tersebut.

Pada pukul 6.40 petang, setelah azan Maghrib berkumandang, peserta sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis diteruskan dengan slot pertama, iaitu pembentangan kertas kerja bertajuk “Islam: Way Of Life” yang disampaikan dalam bentuk forum oleh panelis yang hebat iaitu Ustaz Shafiq bin Sahimi serta diiringi saudara Azizi bin MD Jusoh yang merupakan moderator bagi slot tersebut. Objektif bagi slot pertama ini adalah bertujuan mendedahkan para peserta tentang erti hidup dalam sesebuah gerakan Islam dan cara-cara bagi memaknakan hidup sebagai individu dalam sesebuah gerakan. Slot tersebut berakhir pada jam 8.15 malam dan peserta diberi rehat selama 10 minit sebelum bermulanya slot yang ke-2.

Slot yang ke-2 diteruskan pada pukul 8.25 malam. Slot ke-2 ini, iaitu “We Are One” bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai berbilang-bilang jemaah dan telah disampaikan oleh Ustaz Shafiq bin Sahimi. Sewaktu sesi tersebut juga, pengerusi majlis telah membuka ruang kepada para peserta untuk bertanyakan soalan.

Para peserta dihidangkan dengan bubur yang enak oleh pihak penganjur semasa sesi tersebut berjalan. Slot ke-2 ini berakhir pada 10.10 malam. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh saudara Shameer bin Abdul Rahman, Pengerusi PCM 2014/15 serta diiringi saudara Ahmad Mansur bin Abdul Hamid, pengarah LIFE 5.0.

Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam dengan bacaan doa Rabitah oleh saudara Mohammad Eirfan bin Ahmad. Slot resolusi tidak dapat dijalankan kerana kekurangan masa. Taklimat musyrif juga disampaikan oleh pengerusi majlis.

 

Disediakan oleh,

 

NURUL AINA BINTI MUZAMMIL

Setiausaha,
Program LIFE 5.0,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2014/15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *