1 Mei, Mansurah – Satu kunjungan ziarah mahabbah telah dijalankan bagi menziarahi ahli PERUBATAN yang ditimpa musibah. Ahli PERUBATAN terbabit merupakan seorang pelajar Tahun 2 Perubatan Manchester, Universiti Mansurah. Mangsa telah kehilangan sejumlah wang bernilai USD 60 dan 2 keping kad bank di Neurosurgeon Department, General Hospital.

Pada 28 April yang lalu, sekitar waktu tengahari, mangsa yang berada di hospital untuk melihat pembedahan yang dijalankan pada waktu itu. Sebelum masuk ke bilik pembedahan, mangsa telah meletakkan beg yang mengandungi dompet di dalam bilik seorang doktor lelaki. Terdapat sejumlah wang tunai & 2 keping kad bank di dalam dompet tersebut. Mangsa mengambil keputusan membawa hampir kesemua wang masuk ke bilik pembedahan dan hanya meninggalkan wang bernilai USD 60 serta kad bank di dalam dompet. Apabila kembali semula ke bilik doktor lelaki itu, mangsa mendapati bahawa dompet tersebut telah dicuri.

Sehubungan dengan itu, kami daripada PERUBATAN Cawangan Mansurah ingin sekali lagi menasihati mahasiswa/wi Universiti Mansurah agar berhati-hati tidak kira di mana jua anda berada dan sentiasa peka dengan isu-isu keselamatan memandangkan telah banyak kejadian kecurian dan ragut berlaku.

Ziarah mahabbah ini turut disertai Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah, Hawa Mahirah binti Ghazali, Timbalan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Mansurah, Dania Hazirah binti Mohd Hatta, Timbalan Biro Kebajikan (BCARE) Nurul Haniza binti Ja’afar, dan Timbalan Biro Akademik (BCAD), Nurul Iman Fatiha binti Zakaria.

Sumbangan berbentuk wang tunai daripada Tabung Kasih Sayang (TKS) telah diberikan kepada mangsa. Semoga dengan kunjungan ziarah mahabbah ini mampu memberikan semangat kepada mangsa untuk tabah dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin antara barisan kepimpinan dan ahli.

“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

Disediakan oleh,

Farah  Hafizah binti  Othman,
Setiausaha Biro  Kebajikan  (BCARE),
PERUBATAN Cawangan Mansurah 14/15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *