9 Mei, Mansurah – Satu kunjungan mahabbah  telah  dijalankan  bagi  menziarahi  ahli PERUBATAN yang  ditimpa musibah. Ahli PERUBATAN terbabit merupakan mahasiswa Tahun 2 Perubatan Manchester, Universiti Mansurah. Mangsa telah kehilangan telefon bimbit di kawasan gelanggang futsal, Istad Gamaah.

Pada 8 Mei lalu, sekitar jam 9.00 malam, mangsa berada di gelanggang futsal, Istad Gamaah untuk beriadah. Mangsa membawa sebuah beg yang mengandungi telefon bimbit, kunci dan duit syiling bernilai LE 4 dan meletakkan beg tersebut di tepi gelanggang futsal. Selepas 30 minit, mangsa kembali semula ke tepi gelanggang untuk berehat dan mendapati bahawa begnya telah hilang. Mangsa berusaha mencari beg tersebut tetapi tidak juga dijumpai. Beberapa lama kemudian, akhirnya beg itu dapat dijumpai semula di tempat lain tetapi telefon bimbit mangsa telah dicuri. Hanya kunci dan duit syiling sahaja yang tinggal di dalam beg tersebut. Anggaran kerugian yang dialami ialah sebanyak LE  1000.

Sehubungan itu, kami daripada PERUBATAN Cawangan Mansurah ingin sekali lagi menasihati mahasiswa/wi Universiti Mansurah agar berhati-hati sewaktu berada di luar dan sentiasa peka dengan isu-isu keselamatan di mana jua anda berada memandangkan telah banyak kejadian kecurian berlaku.

Ziarah mahabbah ini turut disertai Ketua Biro Kebajikan (BCARE), Mohd Khairul Anuar bin Jaffar, Ketua Biro Akademik (BCAD), Muhammad Asyraf bin Zubir Albakri dan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP), Mohamad Luqman Al-Hakim Fahmin bin Hassan Fahmin.

Selepas hampir satu jam menziarahi mangsa, mereka mengambil keputusan untuk pulang. Sebelum itu, sumbangan berbentuk wang tunai daripada Tabung Kasih Sayang (TKS) telah diserahkan kepada mangsa. Semoga dengan ziarah mahabbah ini, mampu memberikan semangat kepada mangsa agar tabah dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin antara barisan kepimpinan dan ahli.

 

“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

 

Disediakan oleh,

Farah Hafizah binti Othman,
Setiausaha  Biro  Kebajikan  (BCARE),
PERUBATAN  Cawangan  Mansurah 14/15.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *