LAPORAN PENYERAHAN SKIM AZHARI KEPADA WAKIL MAHASISWI PENGAJIAN AGAMA MANSURAH.

 

Tanggal 19 May 2014, Biro Kebajikan (BCARE), PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengunjungi wakil mahasiswi pengajian agama di Dirasat,Mansurah bertujuan untuk menyerahkan sumbangan Skim Azhari. Skim Azhari  merupakan sejumlah wang daripada sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) yang diberikan khusus kepada mahasiswa/wi Pengajian Islam bagi merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa/wi Sains Kesihatan dan mahasiswa/wi Pengajian Islam.

 

Setibanya disana, kami disambut mesra oleh saudari Farhana binti Mohamed Rafie (Tahun 3 Qiraat) dan saudari Nurul Farhana binti Md Gahzali (Tahun 4 Kuliah Syariah). Ziarah ringkas ini dihadiri Timbalan Ketua Biro Kebajikan PCM, Nurul Haniza binti Ja’afar beserta Timbalan Ketua Biro Perumahan PCM, Fathin Amanina Afifah binti Bolia.

 

Di sana, kami disajikan dengan makanan dan dilayan dengan penuh mesra. Sambil berbual, diselitkan juga beberapa pengisian antaranya sesi berkenalan, tazkirah dan perkongsian yang berkisarkan latar belakang PCM.Banyak cerita dan pengalaman yang dikongsikan bersama.

 

Setelah satu jam berada disana, kami meminta izin untuk mengundur diri. Semoga ziarah mahabbah kali ini dapat dijadikan wasilah untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli PCM serta mahasiswa pengajian agama pada masa akan datang.

“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

Disediakan oleh,

Nurul Haniza binti Ja’afar

Timbalan Ketua Biro Kebajikan (BCARE)

PERUBATAN Cawangan Mansurah 14/15

haniza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *