Laporan Ziarah Mahabbah : Ahli yang menghidap Hepatitis A

28 Mei, Mansurah – Satu kunjungan mahabbah telah dilakukan untuk melawat seorang ahli yang disyaki menghidap penyakit Hepatitis A. Ahli PERUBATAN terbabit, Rohaizat Haziq bin Ahmad, merupakan pelajar Tahun 2 Perubatan Manchester di Universiti Mansurah.

Pada 21 Mei lalu, beliau dikatakan telah mengalami sakit kepala dan pening yang berpanjangan. Beliau menganggap sakitnya itu akan reda selepas beliau mengambil Panadol. Namun begitu, sakit yang dialaminya tidak juga reda selepas beberapa hari. Beliau juga mendakwa badannya terasa sangat lemah dan kerap muntah.

Risau perkara yang lebih teruk berlaku, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gezera Al-Sallab.Setelah ujian menjalani ujian air kencing,darah dan hepatitis doktor mengesahkan terdapat tanda-tanda beliau menghidap Hepatitis A. Doktor memberikan ubat kepada beliau dan menasihati beliau untuk hadir ke hospital bagi rawatan susulan. Kos rawatan yang telah ditanggung setakat ini mencapai LE 500.

Ziarah Mahabbah kali ini disertai Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah, Shameer bin Abdul Rahman, Naib Pengerusi 1, ‘Ammar bin Mohamad Ziyadi dan Ketua Biro Kebajikan (BCARE), Mohd Khairul Anuar bin Jaffar.

Sehubungan itu, kami daripada PERUBATAN Cawangan Mansurah ingin menasihati ahli-ahli supaya sentiasa mengambil berat akan kesihatan diri masing-masing. Ambil makanan yang berkhasiat dan pastikan makanan yang diambil itu tidak tercemar.

Sumbangan berbentuk wang tunai daripada Tabung Kasih Sayang (TKS) telah diserahkan kepada Rohaizat. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dihidapi beliau. Besar harapan kami agar dengan ziarah mahabbah kali ini, mampu memberikan semangat kepada Rohaizat agar sabar menghadapi ujian dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin antara barisan kepimpinan dan ahli.

‘Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati’

Disediakan oleh,

Mohd Khairul Anuar bin Jaffar,

Ketua Biro Kebajikan (BCARE),

PERUBATAN Cawangan Mansurah 14/15.

ANUAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *