Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

14 Oktober, Mansurah – S.P.A.C.E 2.0  telah berjaya dijalankan pada 14 Oktober yang lalu dengan menampilkan figura- figura hebat daripada Malaysia . Program ini telah mengutarakan beberapa isu semasa yang utama.

Seawal jam 8.30 pagi lagi , program telah dimulakan dengan slot pertama iatu , Slot“Dr Maze” yang disampaikan oleh Dr Hamdan bin Saparwan iaitu seorang Pegawai Perubatan Kecemasan & Trauma di Hospital Shah Alam . Slot ini membincangkan tentang pengalaman beliau dalam kerjayanya . Selain itu juga, beliau turun menceritakan beberapa cabaran dan solusi bagi masalah yang dihadapi oleh pelajar graduan Mesir.

Seterusnya, Slot Alam Ghaib &Kesihatan : Rasional atau Khayal  telah dibentangkan oleh Ustaz Dusuki bin Abd Rani yang merupakan Pengasas Kompleks Tibbun Nabawi . Kewajiban mengimani bahawa alam ghaib itu wujud dan menjaga adab-adab kita kepada makhluk ghaib yang merupakan mahluk ciptaan Tuhan juga. Antara kaedah rawatan sunnah yang asas adalah melalui  doa dan hadis, amalan surah-surah ruqyah yang disarankan oleh Rasulullah, tidak menggunakan perantaraan jin dan mempunyai pergantungan dan tawakal yang tinggi kepada Allah yang Maha Penyembuh. Isi pembentangan yang kedua adalah berkenaan pembinaan doktor muslim yang profesional dan berakhlak dengan ajaran Islam . Sebagai seorang pelajar perubatan muslim  kita mestilah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh , sehingga membuatkan diri semakin dekat dan merasai kebesaranserta keagungan Allah. Memanfaatkan keberadaan di Mesir untuk menguasai ilmu perubatan Islam juga merupakan antara isi pengisian yang dibincangkan.

Slot Uda dan Dara merupakan slot forum di antara dua figura hebat tersebut, yang mana membicarakan tentang biah solehah  dan kepentingannya .Gaya hidup sebenar sebagai seorang pelajar muslim yang berjauhan dengan keluarga. Antaranya ,hidup berkelompok dalam biah solehah yang baik dan berdisiplin serta teguh jati diri dalam menjaga maruah diri dan nama baik keluarga . Selain itu, berusaha menjaga  keberkatan dalam menuntut ilmu. Semua individu berperanan dalam menjalankan amal makruf nahi mungkar.

Semua ilmu adalah bermanfaat , selagi mana seorang manusia itu mengamalkannya.

Diharap semua peserta yang terlibat dengan S.P.A.C.E 2.0 terus cakna dengan isu semasa dan mengambil langkah aktif untuk terus memajukan diri demi ummah .

14591594_1131682526919714_7897426475231899124_n

 

Disediakan oleh: Setiausaha S.P.A.C.E 2.0 | The Revival

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *