Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat akramahullahu ajmain yang telah menunjukkan keteladanan yang baik kepada umat manusia juga menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para da’i. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 29, Nombor 2 (c):

  1. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN mengikut jawatan adalah seperti berikut:
  2. c)      Naib Pengerusi I
  3. iv) Merancang dan menyusun takwim PERUBATAN Cawangan.

Sehubungan dengan itu, sebarang tempahan dewan (Jadual 1) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) bagi tujuan mesyuarat atau aktiviti-aktiviti lain hendaklah dilakukan melalui Naib Pengerusi I selewat-lewatnya sehari sebelum hari penggunaan. Setiap penggunaan dewan hanya dibenarkan selepas tempahan disahkan oleh Naib Pengerusi I PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM).

BILANGAN DEWAN JALAN
1. Solah al-Falah (SAF) Hendawi
2. Qa’ah Ibnu Sina (QIS) – Bahagian atas Hendawi
Qa’ah Ibnu Sina (QIS) – Bahagian bawah Hendawi

(Jadual 1)

Untuk sebarang tempahan, boleh menghubungi Naib Pengerusi I PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM), MOHD KHAIRUL ANUAR BIN JAFFAR di butiran berikut:

Nama : MOHD KHAIRUL ANUAR BIN JAFFAR

Nombor telefon & aplikasi Whatsapp : +20111 715 4115

Akaun Facebook : https://www.facebook.com/khairulanuar.jaffar

(Khairul Anuar Jaffar)

Bagi mesyuarat atau aktiviti di bawah Biro-biro PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM), tempahan mestilah dilakukan oleh Ketua Biro atau Timbalan Ketua Biro atau Ketua Unit atau Timbalan Ketua Unit sebagai makluman serta memudahkan urusan biro masing-masing.

Untuk makluman semua ahli, setiap tempahan perlulah disertakan maklumat-maklumat berikut (Jadual 2) bagi memudahkan urusan penyusunan takwim:

BILANGAN ITEM-ITEM MAKLUMAT CONTOH
1. Nama penuh penempah Muhammad Hassan bin Muslim
2. Tahun dan kuliah pengajian 5 Perubatan Konvensional
3. Tujuan tempahan dewan Mesyuarat, program batch, jamuan, study group, kelas tambahan.
4. Tarikh penggunaan dewan 23 Jun 2017
5. Tempoh masa penggunaan dewan 10.00 a.m sehingga 7.00 p.m
6. Bilangan ahli yang terlibat 10 orang, 40 orang, 70 orang
7. Tempat pilihan Solah al-Falah (SAF), Qa’ah Ibnu Sina (QIS) atas, Qa’ah Ibnu Sina (QIS) bawah

(Jadual 2)

Untuk mendapatkan kunci dewan, ahli boleh berurusan dengan Ketua Biro atau Timbalan Ketua Biro masing-masing atau berurusan dengan Ketua Biro Perumahan (BHOME) dan Timbalan Ketua Biro Perumahan (BHOME) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM).

Tempoh penggunaan dewan hanya dibenarkan sehingga jam 10.30 malam sahaja. Sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk menggunakan dewan lebih daripada masa yang ditetapkan, penempah perlu mendapat keizinan daripada Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM).

Kelulusan tempahan dewan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) sesi 2017/2018. Diharapkan agar semua ahli dapat menggunakan dewan sebaiknya dengan berpandukan Etika Penggunaan Dewan yang disediakan oleh Biro Perumahan (BHOME) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM).

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Untitled-3

 

 

 

 

 

 

 

MOHD KHAIRUL ANUAR BIN JAFFAR

Naib Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *