Kebangkitan Islam

1. Kebangkitan Islam yang dimaksudkan bukanlah merujuk kepada harta yang diperoleh, akan tetapi sejauh mana kita mahukan Islam.

 

PUNCA HILANGNYA KESEDARAN

1. Dalaman = Salah faham tentang Islam, tidak beramal dengan Islam.
2. Luaran = Penjajahan yang berlaku ke atas pemikiran orang Islam.

Ditulis dalam kitab sejarah, 2 peristiwa yang terburuk pernah melanda orang Islam:

1.Penjajahan tentera Monggol terhadap tamadun Islam. Pertama di dalam sejarah, penjajah memeluk agama bangsa yang dijajah.

2. Serangan penjajahan pemikiran. Ianya lebih sukar ditangani dan mampu merosakkan kehidupan umat Islam.

 

PERINGKAT KEBANGKITAN YANG PERLU DIWUJUDKAN

1. Peringkat pemikiran – kita mahukan pemikiran Islam, bukannya pemikiran barat.

2. Kebangkitan emosi – pemikiran manusia bukan hanya terdiri daripada akal sahaja, tetapi meliputi dengan hati dan perasaan.

3. Kebangkitan akhlak dan amalan – Kebangkitan dari segi akhlak dan pelaksanaan (masjid sudah banyak dibina, masyarakat sudah menerima majlis – majlis ilmu)

4. Kebangkitan wanita muslimah – Wanita lebih ramai yang menutup aurat berbanding dahulu.

5. Kebangkitan antarabangsa – Kebangkitan Islam bukan terhad kepada negara arab sahaja, malah untuk semua negara. Hatta dalam keadaan minoriti sekalipun, islam tetap berkembang.

6. Kebangkitan pemuda – Pemuda adalah tiang bangsa yang akan mewarisi agama dan membantu kebangkitan islam.

 

ANTARA CITA -CITA DAN KEBIMBANGAN.

1. Kebangkitan dan memerangi kebebebasan.

2. Kebangkitan dan persaingan kemajuan – Kita kurang menghasilkan sesuatu kerana kurangnya ilmu. Ketahuilah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang beramal dengan bersungguh-sungguh.

3. Kebangkitan adalah usaha yang lama, jelas, dan mendalam – Kita sudah dijajah oleh pemikiran barat yang menyebabkan Islam hanya atas nama sahaja.

Pengertian Agama haruslah lebih daripada itu dan haruslah seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Kebangkitan ini juga haruslah disertai dengan pelbagai lapisan dan tidak terhad pada satu golongan sahaja.

Khabar gembira :

1. Kebangkitan Islam telah berjaya menghadapi serangan pemikiran barat. Hanya umat Islam yang mempunyai penawar kepada segala kekusutan.

2. Sukakan kematian adalah sifat yang terpuji kerana itu adalah waktu kita bertemu dengan Allah.

3. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda barangsiapa yang tiada niat, tiada lintasan hati untuk mati syahid, dia akan mati dalam keadaan jahiliyyah.

 

PERKARA YANG DIBIMBANGI MENGENAI KEBANGKITAN

1. Golongan yang syadid dan sesat – Golongan yang berlebihan dan melampau, sedang syariat Islam adalah mudah. Sehinggakan ada yang mengeluarkan fatwa mengikut hawa nafsunya.

2. Golongan perpecahan – Perpecahan yang berlaku boleh merencatkan kebangkitan Islam.

3. Golongan yang tenggelam kerana siasah – Kebangkitan Islam mesti dibentuk melalui tarbiah yang sempurna daripada individu muslim.

 

#PCMOneBigFamily

Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *