MANSURAH, 12 Mac – PERUBATAN Cawangan Mansurah berbesar hati menerima kunjungan seorang mufti dari Malaysia, iaitu Sahibus Samahah (SS) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang merupakan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum menyampaikan pengisian, beliau menziarahi seorang pakar hadis di Mansurah iaitu Sheikh Mustafa an-Nadwi dan kemudian ke Qa’ah Ibnu Sina (QIS) bagi menyampaikan pesanan dan nasihat buat anak muda khususnya pelajar di Universiti Mansurah.

Ahli Mansurah mula memenuhi Qa’ah Ibnu Sina (QIS) seawal jam 7.30 malam. Dianggarkan seramai 200 hadirin termasuk 12 pelajar dari Tanta yang hadir untuk mendengar kalam mutiara daripada SS Datuk Dr Zulkifli. Sesi bersama Sahibus Samahah yg bertajuk Warkah Buat Anak Muda itu dimulakan dengan penyampaian ucapan dan pengisian daripada beliau dan diteruskan dengan sesi soal jawab daripada pelajar.

“Sambutan yang sangat menakjubkan. Ramai kawan yang turun hadir bagi mendengar kalam nasihat daripada Sahibus Samahah walaupun maklumat yang diterima hanya sehari sebelum kunjungan beliau. Terima kasih Mufti kerana sudi menyampaikan madah”, kata Muhammad Azhar bin Shamsudin, pelajar Tahun 4 Perubatan di Universiti Mansurah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada PERUBATAN Cawangan Mansurah kepada SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri.

Semoga dengan kata-kata semangat daripada SS Datuk Dr Zulkifli ini dapat meniup kembali semangat anak-anak perantauan untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

#PCMOneBigFamily

Unit Liputan dan Hebahan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 17/18.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *