PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah menemui pihak Pejabat Wafideen Universiti Mansurah untuk menerima penghargaan daripada pihak universiti atas penyertaan PCM dalam Cultural Day 2017 yang lalu.

PCM telah mewakili pelajar Malaysia untuk mempersembahkan identiti Malaysia dengan mengadakan booth dan persembahan tradisional.

Pihak universiti turut memuji persembahan dikir barat dan tarian zapin yang dibawa oleh pelajar Malaysia dan menyifatkannya sebagai persembahan yang terbaik pada malam tersebut. Kehadiran penonton daripada pelajar Malaysia yang paling ramai pada malam persembahan tersebut turut dipuji oleh pihak penganjur.

Pihak PCM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak universiti atas jemputan untuk menyertai International Cultural Day pada tahun ini dan akan terus bersedia untuk bekerjasama dengan pihak universiti dalam pelbagai program dan urusan pada masa akan datang.

Pihak Wafideen Universiti Mansurah yang diwakili oleh Dr Hossam Eldine telah menyampaikan plak penghargaan kepada PCM, saudara Muhammad Fayyadh bin Md Amin selaku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2017/2018.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut terutamanya barisan jawatan kuasa pelaksana program.

Pertemuan ini juga turut diambil kesempatan oleh Pengerusi PCM untuk membincangkan sebahagian perkara untuk urusan prosedur visa dengan mengutarakan beberapa cadangan serta permasalahan yang masih timbul seperti masalah pelajar pergigian dan perubatan yang masih tidak boleh mendapat tasdiq untuk urusan visa. Pihak universiti telah menerima aduan dan cadangan dan akan cuba menyelesaikan perkara itu dengan kadar segera.

Pihak universiti turut memuji kecekapan dan berterima kasih kepada Biro Kebajikan dan wakil setiap jurusan pengajian yang membantu melicinkan urusan permohonan visa.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

#PCMOneBigFamily

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *