MANSURAH, 24 Mac – Mansoura Dental Team yang mana berada bawah Unit Health Academy kelolaan Biro Akademik, PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018 telah mengadakan program tahunan iaitu Mansoura Free Dental Check-Up Day.

Program ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan daripada pelajar pergigian Universiti Iskandariah. Mansoura Dental Team telah bekerjasama dengan Alexanderia Dental Team (ALDT) dalam usaha menjayakan program pada sesi kali ini. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan dan mengukuhkan silaturrahim antara dua cawangan.

Secara klise, obligasi yang dipertanggungjawabkan kali ini adalah mapan dan seperti tahun lepas. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti pemeriksaan gigi secara percuma dan pameran berkaitan dengan gigi. Buat pengetahuan semua, program ‘Free Dental Check-up Day’ telah dilaksanakan sejak tahun 2012 dan menjadi suatu tradisi bagi pelajar pergigian.

Antara objektif program adalah untuk membantu pelajar pergigian di Mansurah mengasah kemahiran merawat dan mengendalikan pesakit secara efisien, khususnya kepada pelajar tahun klinikal. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar pergigian dalam mencari pesakit untuk melengkapkan ‘requirements’ serta peperiksaan klinikal.

Tahniah diucapkan kepada 67 orang ahli jawatankuasa termasuk (ALDT) yang diketuai oleh saudari Nuraliah binti Othman yang merupakan pelajar tahun empat jurusan pergigian. Setiap tugasan yang diberikan kepada AJK telah dilakukan secara efisien dan konsisten. Tiada sebarang permasalahan yang berlaku sepanjang program berlangsung. Rawatan yang dijalankan adalah seperti polishing dan fluoride. Peserta hanya perlu membayar 7le bagi setiap rawatan dan 12le bagi kedua-dua rawatan tersebut.

Program telah dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah 17/18 iaitu saudara Muhammad Fayyadh Bin Md Amin. Ucapan beliau memberi inspirasi kepada semua ahli yang hadir. Pada mulanya, pihak Mansoura Dental Team mensasarkan peserta seramai 150 orang. Akan tetapi, ahli yang hadir hanyalah seramai 137 orang. Kendatipun tidak mencapai sasaran seramai 150 pesakit, pihak (MDT) masih berpuas hati kerana mampu mencapai tahap sedemikian dan menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Tuntasnya, program Free Dental Check-Up amat signifikan dalam melahirkan masyarakat yang cakna akan kesihatan kebersihan gigi. Kesedaran mengenai penjagaan gigi amatlah penting dan harus menjadi intipati dalam kehidupan seseorang itu. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mansoura Dental Team,

Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *