Korea Utara dan Korea Selatan.
Korea Utara merupakan negara yang berkefahaman Komunis. Ibu negara Korea utara dikenali sebagai Pyongyang. Manakala Korea Selatan pula berkefahaman Kapitalis. Ibu negara Korea Selatan dikenali sebagai Seoul.

Sejarah Sempadan Korea Utara dan Korea Selatan.
Pada tahun 1945, terdapat sempadan yang lurus antara dua negara disebut sebagai 38th Parallel North. Pada tahun 1950 pula, Korea Utara menyerang Korea Selatan dan menawan hingga ke Busan. Korea Selatan menyerang kembali dengan bantuan UN dan akhirnya berlawan balas sehingga gencatan senjata oleh UN, dan menetapkan sempadan baru. Dan pada tahun 1970, Korea Utara membantah sempadan yang telah dibuat setelah sedar akan sempadan itu dan akhirnya sempadan baru dibuat di bahagian sempadan laut.

Hubungan Politik Korea Utara
Korea Utara mempunyai hubungan baik dengan Rusia dan China. Tetapi bermusuhan dengan Jepun dan Amerika Syarikat.

Dinasti Kim yang memimpin Korea Utara
1. Kim Il Sung : 1945-1994 ( dikenali Presiden Kekal )
2. Kim Jong Il : 1994-2011
3. Kim Jong Un : 2011-sekarang
(Kim Jong Nam disebut untuk menjadi pemimpin atas kapasiti beliau sebagai pewaris paling sulung tetapi atas sebab tertentu beliau tidak terpilih untuk menjadi Presiden.)

Hubungan Korea Utara – Malaysia
1973 – bermula hubungan diplomatik
2003 – pembukaan kedutaan rasmi di Kuala Lumpur dan Pyongyang
2009 – Malaysia menjadi negara utama yang masuk tanpa visa ke Korea Utara.
Korea Utara mengimport minyak, getah, dan minyak kelapa sawit dari Malaysia manakala Malaysia mengimport produk besi dari Korea Utara.
2011- Korea Utara mengadakan laluan udara ke Kuala Lumpur untuk meningkatkan sektor pelancongan.
2017- Pembunuhan Kim Jong Nam (saudara tiri Kim Jong Un) meretakkan hubungan kedua-dua negara. Duta Korea Utara diusir atas kapasiti persona non grata dan rakyat Malaysia di Korea Utara dihalang keluar dari negara tersebut.

Rentetan Pembunuhan Kim Jong Nam sebagai permulaan konflik berlaku.
– Berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
– Malaysia melakukan bedah siasat mengikut prosedur yang ditetapkan, tapi dibantah oleh Korea Utara.
– Duta Korea Utara menimbulkan provokasi dengan menimbulkan persepsi negatif kepada Malaysia bersekongkol dengan kuasa besar.
– Dua orang suspek disyaki berlindung di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.
– Malaysia menarik kembali visa dan mengusir Duta Korea, begitu juga dengan Korea Utara.
– Rakyat Malaysia dihalang untuk keluar dari Korea Utara iaitu kakitangan kedutaan dan pekerja UN.

Isu Nuklear
– Korea Utara mendakwa mempunyai senjata nuklear tapi masih dalam kajian.
– Tujuannya adalah untuk menjadi pengimbang kuasa negara lain untuk mengikuti kehendak negaranya.
– Peluru berpandu yang didakwa dibangunkan oleh tentera Korea Utara
1) Nodong
2) Taepodong
3) Musudan
– Kelemahan peluru pandu Korea Utara – mempunyai masalah dengan bahan bakar untuk melancarkan peluru berpandu tersebut

Kesan Konflik kepada Malaysia
– Dari segi ekonomi – tidak memberi kesan ketara kerana nilai dagangan yang rendah.
– Polis masih memantau rakyat Korea Utara yang masih menetap di Malaysia.

Sistem Pertahanan Malaysia
– Tidak mempunyai ancaman yang besar kerana faktor geografi.
– Menjadi faktor perlumbaan senjata di serantau Asia Tenggara atas faktor pembelian senjata baharu yang canggih.
– Menjadi negara terawal untuk membeli kereta kebal tempur utama di Poland dan diikuti oleh negara Asia yang lain.
– Mempunyai 2 buah kapal selam Scorpene dan ditempatkan terkini di perairan Sabah.
– Dasar pertahanan berdasarkan politik semasa.
– Tentera Malaysia dijemput menjalani latihan tentera di negara luar.

#PCMOneBigFamily

Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 17/18.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *