Oleh : Ustaz Umar bin Muhammad Malcolm

BAB JENAYAH

Definisi Jenayah
Membunuh,mencederakan atau memotong dan seangkatan dengannya.

Konsep hukuman terhadap orang yang melakukan jenayah dari segi Islam amat mementingkan keadilan.

Contohnya,
jika seseorang yang mencuri kerana lapar tidak akan dipotong tangan.
Begitu juga dengan jika seorang ayah mengambil duit anaknya, ayahnya juga tidak dikenakan hukuman memotong tangan.

Jenayah Membunuh orang terdapat 3 Jenis :
1) Secara sengaja
2) Secara tersalah bunuh
3) Secara sengaja tersalah

Takrifan
1)Secara Sengaja
Seseorang sengaja dengan niat membunuh menggunakan alat yang membolehkan seseorang itu mati (pistol,senapang,parang)

2)Secara tersalah bunuh
Melontarkan kepada sesuatu tetapi terkena orang. Wajib dikenakan denda yang ringan.

3)Secara sengaja tersalah
Niat memukul dengan alat yang tidak mematikan seseorang (cth : batu) tetapi orang tersebut mati. Keluarga mangsa berhak menuntut.

Syarat-syarat wajib qisas
1)Pembunuh baligh
2)Orang yang berakal

Menurut mazhab Syafie,
3)Jika ayah membunuh anaknya, tidak dikenakan qisas.

4)Jika orang yang dibunuh lebih rendah dari darjat pembunuh,juga tidak dikenakan balas bunuh.

Mazhab lain, hukuman qisas tetap dikenakan. Setiap nyawa di balas nyawa sebagaimana dalam Al Quran , Allah pernah berfirman.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh” ( Surah al-Baqarah :178)

“Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa” ( Surah al-Baqarah:179)

Maka,
5) Jika tangan kanan yang dicederakan tangan,maka tangan yang sama akan dibalas.

DIYAT
Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diyat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

KADAR DIYAT
Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:
1. 30 ekor unta berumur 4 tahun
2. 30 ekor unta berumur 3 tahun
3. 40 ekor unta yang sedang bunting

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.

Diyat Mughallazah dikenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh(batu).

DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA
Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:

a)100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti tersebut :
1)adanya mata tetapi penglihatan hilang
2)adanya telinga tetapi pendengaran hilang
3)adanya hidung tetapi hilang deria bau

b)5 ekor unta untuk gigi yang tercabut,hilang bahagian badan yang tanpa manfaat.

Hukum Hudud

Zina -Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.

Qazaf ( Menuduh berzina ) -Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.

Minum Arak -Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

Amuk -Niat menyakiti orang(nyawa/harta/isteri). Jika kita mempertahankan diri daripada orang yang mengamuk, lalu dia terbunuh kita tidak perlu bayar apa-apa.
Jika orang yang bawa haiwan merosakkan apa-apa(tanaman,sayuran dll),dia perlu membayar ganti rugi yang dilakukan haiwannya.

Mencuri-Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan apabila cukup syarat.

Merompak-Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:
sekiranya membunuh hendaklah dibalas bunuh.

Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.

Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam hendaklah di takzir seperti dipenjara dan lain-lain lagi yang ditentukan pemerintah.

Murtad-Keluar dari agama Islam samada dengan perkataan atau perbuatan.
Hukumannya ialah bunuh apabila cukup syarat.

#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Mansurah 17/18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *