MANSURAH, 18 April – PERUBATAN Frontliner atau lebih dikenali sebagai PROF di bawah Jabatan Setiausaha, PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018 telah mengadakan program Just On Board Secretary (J.O.B.S). 

J.O.B.S merupakan program pertama yang dikelolakan oleh PROF pada sesi ini eksklusif untuk setiausaha biro dan unit penting PCM yang bertujuan melatih para setiausaha menjadi seorang setiausaha yang mampu melaksanakan gerak kerja secara efisien.

Seramai 23 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada semua setiausaha biro, unit penting, dan AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah.

Secara umumnya, para peserta telah diajar mengenai kesetiausahaan melalui slot yang pertama seperti cara membuat minit mesyuarat, laporan bulanan, pendokumentasian program, pendokumentasian biro, sistem ‘folder’ dan sebagainya yang telah disampaikan oleh Jabatan Setiausaha PCM.
Pada slot yang kedua, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menerima pengisian secara praktikal. Antara pengisiannya ialah cara menghasilkan sijil dengan format yang betul, belajar tatabahasa dan cara laminat dan memotong kertas.

Program diakhiri dengan resolusi bengkel kesetiausahaan dan ucapan dari pengarah PROF, Muhammad Haziq bin Mohd Aznor.

Tuntasnya, kursus kesetiausahaan ini amat signifikan bagi melahirkan setiausaha yang kompeten dalam sebuah organisasi.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa PROF PERUBATAN Cawangan Mansurah kerana telah menjayakan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

PERUBATAN Frontliner (PROF),
Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *