Ahad, 30 April – Para pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2017/2018 telah mengadakan kunjungan rasmi kepada pihak International Students Administration (Wafideen) Universiti Mansurah.

Pertemuan yang disertai oleh barisan AJKT PCM ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pimpinan baharu PCM bagi sesi 2017/2018 dan setiap AJKT telah mengenalkan diri masing-masing.

Pihak Wafideen yang diwakili oleh Dr Hossam Eldine Mostafa selaku Pengarah Wafideen dan Madam Sahar Elaraky, Ketua Pentadbiran Wafideen menyatakan mereka berbesar hati menyambut kunjungan rasmi yang dilakukan oleh pihak PCM.

Muhammad Fayyadh bin Md Amin, Pengerusi PCM merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Wafideen yang melapangkan masa untuk menerima kunjungan daripada pimpinan PCM.

Beberapa perkara turut dikongsi antaranya pihak universiti sentiasa bersedia membantu PCM selaku persatuan induk pelajar Malaysia di Mansurah dalam sebarang masalah berkaitan akademik dan kebajikan, galakan untuk melibatkan pihak Wafideen dalam sebarang program PCM serta permasalahan yang timbul bagi pelajar Malaysia di Mansurah.

Timbalan Pengerusi PCM, saudari Rushazlene Ameera binti Rosli turut menyatakan harapan agar hubungan baik antara PCM dengan pihak universiti akan terus terjalin dengan erat dan berterima kasih atas setiap bantuan yang diberikan oleh pihak Wafideen selama ini.

Pihak PCM mengambil kesempatan untuk menyerahkan bingkai berisi carta organisasi rasmi bagi pimpinan PCM sesi 2017/2018 kepada pihak Wafideen sebagai tanda kenang-kenangan.

Pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar bersama wakil pihak Wafideen.

Semoga agenda pemerkasaan hubungan luar PCM ini akan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk para pelajar Malaysia di Mansurah.

#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

PERUBATAN Cawangan Mansurah 17/18.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *