بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat iman dan Islam yang telah dikurniakan kepada kita sebagai bekalan menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha Baginda, sehingga hari ini kita masih menikmati keindahan Islam yang sebenar-benarnya.

PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) merupakan persatuan kebajikan yang sentiasa cakna akan kebajikan ahlinya. PCM  akan membuat bancian keberadaan musim panas kepada semua ahli di Mansurah melalui medium batch masing-masing bermula 1 Mei sehingga 15 Mei 2017.

Buat pengetahuan semua, bancian keberadaaan musim panas ini amat penting dan dilakukan saban tahun bertujuan untuk mengetahui keberadaan ahli sepanjang musim panas. Antara tujuan yang lain adalah seperti:

  1. Memastikan keberadaan ahli di bawah pengetahuan PERUBATAN Cawangan Mansurah.
  2. Memastikan ahli berada dalam keadaan selamat sekiranya menetap di Mansurah atau sekitar Mesir.
  3. Memudahkan pengurusan ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah sekiranya terdapat sebarang permasalahan yang berlaku.

Kami mewakili barisan pimpinan PCM menyeru kepada semua ahli agar bersatu hati dan bekerjasama dalam memberi maklumat keberadaan kalian sepanjang musim panas ini. Hal ini kerana, sebagai mahasiswa yang belajar di luar negara, kita hendaklah cakna akan keselamatan masing-masing untuk mengelakkan perkara yaang tidak diingini berlaku. Segala perkara di dunia ini akan dipermudah seandainya kita memudahkan urusan orang lain.

Akhir kalam, selamat bercuti kepada semua ahli. Semoga setiap detik yang kita habiskan sepanjang tempoh cuti musim panas nanti, dapat kita manfaatkan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Seeru ‘ala Barakatillah.

#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Izzani bin Mohd Zaillaini

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nor Shafiqah binti Musa

Timbalan Jabatan Setiauasaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *