بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

 

Bersempena cuti musim panas ini, terdapat beberapa pemangkuan portfolio akan berlaku disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

 

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

 

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan Mansurah:

 

Sepanjang masa berada di Mesir

  1. Muhammad Fayyadh bin Md Amin (Pengerusi PCM)
  2. Muhammad Khairul Anuar bin Jaffar (Naib Pengerusi I PCM)
  3. Abdullah Zahid bin Zaini (Bendahari PCM)
  4. Ahmad Asyraf bin Mohamad (Biro Pembangunan Insan PCM)
  5. Muhammad Aliuddin bin Mohamad Noh (Biro Perumahan PCM)
  6. Rushazlene Ameera binti Rosli (Timbalan Pengerusi PCM)
  7. Nur Syahirah binti Jamaluddin (Naib Pengerusi II PCM)

 

IKHWAH

Bil Portfolio Nama AJKT Pemangku Tempoh
1. Jabatan Setiausaha Muhammad Izzani bin Zailani Muhammad Khairul Anuar bin Jaffar 14/7 – 14/8
2. Biro Akademik Muhammad Faris bin Mokhlis Muhammad Fayyadh bin Md Amin 20/6 – 31/7
3. Biro Kebajikan Muhammad Qaiyim bin Mohd Fahmi Muhammad Khairul Anuar bin Jaffar 20/6 – 31/7
4. Biro Ekonomi Ahmad Hadi Ashraf bin Badruzzaman Abdullah Zahid bin Zaini 22/6 – 4/8
5. Biro Sukan dan Aktiviti Luar Muhammad Rusyaidi bin Amran Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis 1/8 – 10/9
6. Biro Penerbitan dan Penerangan Muhammad Azhar bin Shamsudin Muhammad Fayyadh bin Md Amin 20/6 – 2/7

 

 

AKHAWAT

7. Jabatan Setiausaha Nor Shafiqah binti Musa Afiqah Husna binti Zainal Abidin 21/6 – 13/7
Nur Syahirah binti Jamaluddin 14/7 – 6/8
8. Jabatan Bendahari Nur Amirah Fazira binti Zulkifili Nur Farhana binti Hanaffi Musa 24/6 – 15/7
Rushazlene Ameera binti Rosli 16/7 – 24/8
9. Biro Akademik Nor Farhana binti Hanaffi Musa Nur Syahirah binti Jamaluddin 17/7 – 6/8
Nor Shafiqah binti Musa 7/8 – 19/8
10. Biro Pembangunan Insan Afiqah Husna binti Zainal Abidin Nur Syahirah binti Jamaluddin 13/7 – 15/8
11. Biro Kebajikan Nur Faaiqa Nadhirah binti Md Pazin Rushazlene Ameera binti Rosli 29/7 – 15/8
Afiqah Husna binti Zainal Abidin 16/8 – 10/9
12. Biro Ekonomi Nur Fadhlin Farhana binti Khairunnisa Nabila binti Subari 17/6 – 2/7
Rushazlene Ameera binti Rosli 3/7 -13/8
13. Biro Sukan dan Aktiviti Luar Khairunnisa Nabilah binti Subari Rushazlene Ameera binti Rosli 2/7 – 14/8
14. Biro Perumahan Afiqah binti Suhaimi Nur Syahirah binti Jamaluddin 17/6 – 13/8
15. Biro Penerbitan dan Penerangan Nur Najwa binti Hassim Nur Faaiqa Nadhirah binti Md Pazin 11/6 – 29/7
Nur Syahirah binti Jamaluddin 30/7 – 20/8

 

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCM dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN sepanjang cuti musim panas ini.

 

Seeru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

#PCMOneBigFamily

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Fayyadh bin Md Amin

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

 

 

 

 

 

 

Rushazlene Ameera binti Rosli

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *