بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Bersempena cuti musim panas ini, terdapat beberapa pemangkuan portfolio fasa kedua akan berlaku disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;
“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :
• Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
• Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
• Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT yang terlibat berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan Mansurah:

MAHASISWA
Bil Portfolio Nama AJKT Pemangku Tempoh
1. Naib Pengerusi I Mohd Khairul Anuar bin Jaffar Muhammad Fayyadh bin Md Amin 21/8 – 14/9

Sebarang urusan tempahan markas akan diuruskan oleh Naib Pengerusi II, Nur Syahirah binti Jamaluddin di talian +201115874585

MAHASISWI
2. Timbalan Pengerusi Rushazlene Ameera binti Rosli Nur Syahirah binti Jamaluddin 21/8 – 14/9
Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCM dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN sepanjang pemangkuan ini.

Seeru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”


Muhammad Fayyadh bin Md Amin
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *