بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan mengabdikan diri kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi wasallam, ahli keluarga serta para sahabat Baginda yang kita kasihi.

[Fasal 25: Mesyuarat Tahunan Cawangan]

Perkara 2: NOTIS

“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

Merujuk Perlembagaan PERUBATAN [Bab ke-4, Fasal 25, Perkara 2] yang tertera di atas, maka notis ini dikeluarkan oleh Jabatan Setiausaha PCM 2017/2018 bertarikh 24 Januari 2018.

Sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) 2017/2018 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-11 seperti berikut:

Tarikh: 16 Februari 2018 (Jumaat)
Tema: “Kita Keluarga PERUBATAN”

Semua ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-11 ini dengan pendaftaran seperti biasa, kuota Perwakilan dan Pemerhati yang akan dimaklumkan kemudian oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC).

Sila rujuk pautan berikut untuk mendaftar:

https://tinyurl.com/MTC11-PCM

 

Sekian, terima kasih.

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Muhammad Izzani bin Mohd Zailani

Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018

 

Nor Shafiqah binti Musa

Timbalan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *