بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita terutamanya dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha baginda dan para sahabat, sehingga hari ini kita masih diberi peluang menikmati keindahan Islam.

Memandangkan sekarang masih dalam fasa peperiksaan dan seusainya fasa tersebut akan bermulalah cuti musim sejuk. Maka sudah pasti ramai yang akan pulang ke Malaysia, berjalan ke luar mahupun di dalam Mesir pada cuti musim sejuk ini. Oleh itu, terdapat beberapa pemakluman penting daripada Biro Kebajikan (BCARE) untuk perhatian semua ahli:

1.Diminta untuk semua ahli yang akan ke luar Mesir dalam masa terdekat memberi nama kepada wakil visa batch dan selesaikan Step 2 terlebih dahulu. Sekiranya ahli tidak dapat menyelesaikan Step 2 sebelum ke luar Mesir, kemungkinan besar ahli tersebut perlu mengulang semula Step 1 apabila pulang nanti.

2.Ahli yang masih tidak menyelesaikan atau tidak sempat untuk ke Step 3 sebelum ke luar Mesir, dinasihatkan untuk membawa bersama kad pelajar (kernih) dan surat akuan pelajar (tasdiq) semasa bertemu dengan Pegawai Imigresen. Meskipun begitu, ahli juga disarankan untuk menyediakan wang bagi persediaan sekiranya tetap didenda di lapangan terbang.

3.Tiada jaminan untuk mana-mana ahli yang visanya masih dalam proses dan ingin ke luar Mesir akan terlepas daripada dikenakan bayaran kerana denda di lapangan terbang berada di luar bidang tugas Biro Kebajikan (BCARE) dan Universiti Mansurah.

4.Ahli yang berjalan di sekitar Mesir terutamanya ke Sinai, Dahab dan tempat pelancongan yang seumpanya diminta untuk membawa dokumen lengkap seperti pasport, kad pelajar (kernih) dan salinan surat akuan pelajar (tasdiq) bersama ketika pergi bercuti. Sekiranya ada sebarang permasalah seperti ditahan oleh pihak berkuasa, boleh hubungi Biro Kebajikan (BCARE) atau terus menghubungi wakil Universiti Mansurah, Encik Kareem di talian berikut; +20124003534.

5.Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih daripada 200 orang ahli Mansurah yang akan ke luar Mesir pada cuti musim sejuk ini. Jadi kami berharap agar semua ahli dapat memahami situasi ini dan mematuhi giliran untuk ke gawazat memandangkan pihak gawazat hanya membenarkan seramai 10 orang pelajar sehari, untuk empat hari dalam seminggu.

Akhir sekali, Biro Kebajikan (BCARE) meminta maaf atas segala kekurangan yang berlaku. Sebarang pemakluman daripada kami akan disalurkan terus kepada wakil visa setiap batch. Marilah bersama kita berdoa semoga urusan visa kita dipermudahkan. Sebarang persoalan boleh merujuk terus kepada Biro Kebajikan (BCARE) atau wakil visa batch masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Seeru ‘ala Barakatillah.

#PCMOneBigFamily

“Together We Unite to Serve Our Community”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MUHAMMAD QAIYIM BIN MUHAMAD FAHMI
Ketua Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.
(+201141379623 / +60147414721)

 

 

 

 

 

 

 

 

NUR FAAIQA NAADHIRAH BINTI MD PAZIN
Timbalan Ketua Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2017/2018.
(+20171065059 / +60194201794)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *