بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PCM sebagai sebuah badan induk persatuan pelajar di sini saban tahun menilai dan memperkukuh sistem-sistem yang sedia ada di bawah biro-biro yang terdapat dalam PCM sendiri.

Antara pembawaan pengerusi pada sesi kali ini adalah menggilap potensi ahli ke arahmahasiswa kompeten.Pembawaan tersebut dilihat selari dengan bidang tugas yang digalas oleh semua biro yang membawa sistem-sistem dalam memudahkan pengurusan sumber sedia ada bagi dimanfaatkan oleh ahli.

Salah satu gerak kerja Jabatan Bendahari adalah memantau aset-aset PERUBATAN Cawangan Mansurah.

Sehubungan dengan itu, sebarang tempahan aset PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) bagi tujuan program atau aktiviti-aktiviti batch dan sebagainya hendaklah ditempah melalui Ketua Jabatan Bendahari selewat-lewatnya 2 hari sebelum hari peminjaman.

Pengambilan aset dan pemulangan hanya boleh dibenarkan selepas tempahan disahkan oleh Ketua Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Mansurah(PCM) dan perlulah bersama pemantauan daripada Ketua Jabatan Bendahari sendiri ataupun pihak yang diberikan kuasa.

Senarai aset yang terdapat dalam markas yang dipantau oleh Jabatan Bendahari adalah seperti tersebut:

BILANGAN DEWAN ASET
1. Solah al-Falah (SAF) Kelengkapan pejabat, sukan dan dapur.

 

2. Qa’ah Ibnu Sina (QIS) Kelengkapan sistem audio dan perumahan.

(Jadual 1 : Senarai Aset)

 

Untuk sebarang tempahan boleh menghubungi Ketua Jabatan Bendahari PCM melalui maklumat berikut:

Nama: Ahmad Rusyaidi bin Amran

Nombor telefon dan whatsapp: +201128402173

Setiap tempahan perlu disertakan dengan maklumat tempahan yang diberikan bagi memudahkan urusan peminjaman.

BILANGAN ITEM-ITEM MAKLUMAT CONTOH
1. Nama penuh penempah Arman bin Saiful Bahari
2. Tahun dan kuliah pengajian Tahun 2 Perubatan
3. Program/tujuan peminjaman Latihan bola tampar
4. Tarikh program 23 Mac 2018
5. Tarikh ingin dipinjam 22 Mac 2018
6. Bilangan hari ingin dipinjam 3 Hari
7. Senarai aset Bola tampar (3)

Wisel (2)

(Jadual 2: Maklumat Tempahan Peminjaman Aset )

 

Aset hendaklah dipulangkan dalam keadaan yang baik dan bersih. Sebarang kehilanganatau kerosakan aset perlulah diganti rugi oleh pihak yang meminjam atau program yangterlibat. Jabatan Bendahari berhak meminta wang cagaran bagi sesetengah aset yang dipinjam mengikut keadaan.

Sebarang aset yang dibeli sewaktu program PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) akan menjadi aset PCM yang berada di bawah pantauan Jabatan Bendahari secara automatik.

 

Sekian, terima kasih.

 

#PCMOneBigFamily

#JiwaMahasiswa

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa,as-Syifa’,ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

AHMAD RUSYAIDI BIN AMRAN

Ketua Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *