[Kenyataan Rasmi: Isu Fail dan Pembayaran Qidam Muahhil]

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Azza Wa Jalla yang telah memberikan ruang dan peluang kepada kita untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha Baginda, sehingga hari ini kita masih menikmati keindahan Islam yang sebenar-benarnya.

 

Sebagai seorang manusia kita berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan maka tribulasi yang mendatang perlulah kita hadapinya dengan penuh kesabaran sebagaimana firman Allah SWT.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sesungguhnya kami akan menguji kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar.”

(Al-Baqarah:155)

Bertepatan dengan visi PERUBATAN dalam menjaga kebajikan ahli khususnya kepada kebajikan akademik, pihak Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah sentiasa cakna akan kebajikan ahli terutamanya status fail dan pembayaran denda Qidam Muahhil.

 

Lantaran itu, Biro Akademik telah mengadakan perjumpaan dengan pihak EME untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu fail yang sudah lama timbul. Berikutan senarai nama Qidam Muahhil yang dikeluarkan oleh pihak EME, maka dikesempatan ini Biro Akademik ingin menjelaskan solusi serta cadangan kepada masalah tersebut.

 

Biro Akademik akan mengemaskini senarai nama yang telah diberikan kepada Encik Hesyam kerana terdapat sedikit ralat dalam senarai nama tersebut serta memberikan senarai nama yang baharu. Untuk pengetahuan semua senarai nama ini adalah senarai nama pelajar yang telah membuat pemutihan fail dan jika nama tersebut ada di dalam senarai maka fail pelajar akan diproses dan dihantar ke universiti dengan syarat pelajar tersebut menyelesaikan pembayaran Qidam Muahhil.

 

Bagi pelajar yang tiada dalam senarai digalakkan untuk anda menanyakan secara terus kepada wakil batch yang menguruskan fail atau pihak EME yang lebih arif tentang keberadaan fail anda kerana kemungkinan besar nama anda berada di senarai nama pemutihan 2.0 dan hanya perlu membayar denda Qidam Muahhil jika belum menyelesaikan pembayaran tersebut.

 

Jika pelajar tersebut sudah membuat pemutihan dan bayaran denda Qidam Muahhil tetapi nama tiada dalam senarai maka pelajar tersebut perlulah berjumpa secara terus dengan EME kerana urusan tersebut agak rumit. Namun, pelajar tersebut diminta untuk merujuk Biro Akademik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan dan diminta untuk menghubungi kami kerana di pihak Biro Akademik akan membuat pertemuan dengan pelajar berikut untuk membincangkan solusi kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.

 

Untuk urusan penukaran universiti pula pelajar tersebut diminta untuk menghantar surat yang mengandungi item-item berikut kepada EME:

  1. Nama
  2. I/C
  3. Passport
  4. Alasan kenapa hendak menukar Universiti
  5. Duit LE 500
  6. Tandatangan

 

Perkara berikut terkecuali kepada pelajar yang ingin menukar dari Universiti Zagazig ke Universiti Mansurah dan  perlu merujuk Biro Akademik dengan segera.

 

Namun begitu, ada beberapa pihak perlu menghubungi agensi untuk menanyakan sama ada agensi telah menyelesaikan urusan penukaran universiti ataupun belum, jika belum anda perlu melakukan perkara di atas.

 

Bayaran Qidam Muahhil dikenakan sebanyak LE 750 setahun mengikut tahun SPM diambil oleh pelajar yang terlibat. Bagi pelajar Sains Kesihatan yang menyertai Pemutihan Fail Kali ke-3, bayaran Qidam Muahhil akan dikenakan kepada para pelajar yang mengambil SPM pada atau sebelum tahun 2015.

 

Kiraan jumlah bayaran bagi tahun peperiksaan

SPM tahun 2015: LE 750

SPM tahun 2014: LE 1500

SPM tahun 2013: LE 2250

SPM tahun 2012: LE 3000

SPM tahun 2011: LE 3750

SPM tahun 2010: LE 4500

SPM tahun 2009: LE 5250

SPM tahun 2008: LE 6000

dan seterusnya.

 

PERUBATAN Cawangan Mansurah menyeru agar semua pelajar dapat menyelesaikan pembayaran Qidam Muahhil dengan segera sebelum 15 April 2018 bagi melancarkan proses pendaftaran pelajar di KPT Mesir. Sebarang masalah mengenai jumlah bayaran denda Qidam Muahhil yang perlu dibayar, boleh merujuk kepada Biro Akademik.

 

Akhir kalam, diminta semua pelajar menghadapinya dengan tenang dan mendoakan sahabat-sahabat kita yang lain dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik. Sebarang pertanyaan berkenaan fail dan pembayaran denda Qidam Muahhil boleh dilontarkan kepada Biro Akdemik dan kami mengalu-alukan sebarang persoalan dari ahli.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Biro Akademik,

Ahmad Hadi Ashraf Bin Ahmad Badruddin

+201122097737

 

 

 

 

 

 

 

 

Timbalan Ketua Biro Akademik,

Khairunnisa Nabilah Binti Subari

+201123169715

 

#PCMOneBigFamily

#JiwaMahasiswa

 

‘’Achieve The Highest, Improve Others’’

‘’Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’’

 

Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 18/19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *