[Kenyataan Rasmi | Isu Yuran, Keizinan Menduduki Peperiksaan dan Isu Prestasi Kehadiran ke Kelas]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat iman dan Islam yang telah dikurniakan kepada kita sebagai bekalan menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha Baginda, sehingga hari ini kita masih menikmati keindahan Islam yang sebenar-benarnya.

PERUBATAN Cawangan Mansurah terus cakna akan kebajikan ahli khususnya kebajikan akademik pelajar di Universiti Mansurah.

Lantaran itu, PCM telah mengadakan perjumpaan dengan pihak universiti untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu yuran dan keizinan menduduki peperiksaan.

Berikut adalah solusi kepada masalah tersebut :

1) Sesiapa yang telah membayar yuran penuh diizinkan menduduki peperiksaan dan dapat mengetahui keputusan peperiksaan.

2) Bagi sesiapa yang membayar separuh daripada jumlah keseluruhan yuran, anda dibenarkan menduduki peperiksaan namun tidak dapat mengetahui keputusan peperiksaan anda nanti.

3) Bagi sesiapa yang belum menyelesaikan yuran, anda dibenarkan menduduki peperiksaan namun anda tidak dapat mengetahui keputusan peperiksaan anda dan anda perlu menyelesaikan bayaran yuran sebelum mula sesi pengajian yang baharu.

3) Pihak universiti juga telah menetapkan 30 Jun 2018 sebagai tarikh terakhir untuk menyelesaikan pembayaran yuran sebelum beralih kepada semester yang baharu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nama pelajar tidak dapat didaftarkan pada sesi pengajian tahun hadapan.

4) Bagi pelajar klinikal pula dibenarkan untuk memasuki peperiksaan endround jika tidak membayar yuran tapi tidak dibenarkan memasuki pepriksaan akhir jika tidak membayar sekurang-kurangnya separuh dari jumlah keseluruhan yuran pengajian.

5) Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan endround yang terdekat boleh menduduki peperiksaan yang seterusnya dan perlulah memaklumkan dan meminta keizinan doktor terlebih dahulu.

6) Pelajar yang tidak menghadirkan diri ke kelas menyebabkan pelajar tersebut tidak dibenarkan menduduki peperiksaan hendaklah berjumpa dengan Dr.Nagy terlebih dahulu untuk meminta keizinan menduduki peperiksaan.

Kegagalan dalam menyelesaikan yuran sebelum mula sesi pengajian yang baharu akan menyebabkan anda tidak dibenarkan meneruskan pengajian seterusnya seperti biasa. PCM menyeru semua mahasiswa/wi untuk menyelesaikan yuran pengajian dengan sebaiknya.

Biro Akademik juga mengambil cakna tentang status fail pelajar di universiti. Baru-baru ini EME telah menghantar senarai nama fail yang terkini ke Encik Hesyam dan terdapat beberapa nama pelajar yang tidak tersenarai atas beberapa faktor tertentu.

Oleh itu, Biro Akademik akan memaklumkan kepada pelajar yang terlibat berkenaan isu fail ini dalam masa yang terdekat.

Akhir kalam, pihak kami juga menyeru kepada semua ahli agar sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menjaga prestasi kehadiran ke kuliah.

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat (Al-Mujadalah: 11)

Sebarang persoalan berkenaan kebajikan akademik pelajar boleh diajukan kepada Biro Akademik PCM.

Ketua Biro Akademik,
Ahmad Hadi Ashraf Bin Ahmad Badruddin
+201122097737
Timbalan Ketua Biro Akademik,
Khairunnisa Nabilah Binti Subari
+201123169715
#PCMOneBigFamily
#JiwaMahasiswa‘’Achieve The Highest, Improve Others’’
‘’Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’’Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *