[ TAUTAN QALBU 1.0 | Laporan ]

Biro Kebajikan dan Perumahan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan ziarah Tautan Qalbu buat kali yang pertama ke empat buah rumah ahli yang terdiri dari dua buah rumah siswa dan dua buah rumah dari pihak siswi.

Pada 9 Mac 2018, barisan pimpinan siswa telah membuat lawatan ke rumah Mohamad Shabil bin Ismail yang disertai oleh Naib Pengerusi I, Muhammad Qaiyim bin Muhamad Fahmi, Ketua Jabatan Bendahari & Biro Ekonomi, Ahmad Rusyaidi bin Amran, Ketua Biro Pembangunan Insan, Mohamad Hazwan Akmal bin Norazman, dan Ketua Biro Kebajikan & Perumahan, Mohd Ammar Akmal Bin Mohd Mazri.
Kumpulan yang setereusnya oleh Ketua Jabatan Setiausaha PCM, Muhammad Imran bin Ismail, Ketua Biro Akademik, Ahmad Hadi Ashraf bin Ahmad Badruddin, Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan, Muhammad Aliuddin bin Muhamad Noh, dan Muhammad Izzani bin Mohd Zailani selaku penasihat telah menziarahi rumah Aiman Azamuddin bin Aminuddin.

Manakala daripada pihak siswi pula, barisan pimpinan PCM akhwat yang terdiri daripada MTP PERUBATAN, Nur Farah Najwa binti Hassim, Timbalan Jabatan Setiausaha, Nurul Farhana binti Nor Hanaffi Musa, Timbalan Biro Pembangunan Insan, Noorafiqah binti Mhd Suhaimi dan Timbalan Biro Kebajikan dan Perumahan, Afiqah binti Zulkifili telah mengadakan lawatan ringkas ke rumah Maisarah binti Aminuddin. Sekumpulan AJKT siswi seterusnya lagi terdiri daripada
Timbalan Pengerusi, Nur Syahirah binti Jamaluddin, Timbalan Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi , Nur Fadhlin Farhana binti Muhammad Yusof, Timbalan Biro Penerbitan dan Penerangan, Wan Asma’Huda binti Wan Yahya dan Timbalan Biro Sukan dan Aktiviti Luar, Nur Hadirah binti Hamdan telah menziarahi rumah Siti Fatin Nabihah binti Hairudin.

Lawatan ringkas kami ini telah disambut baik oleh tuan rumah. Kami berbual bersama ahli rumah serta memberi sedikit pengisian dan perkongsian daripada pihak PCM sendiri.
Dimulakan dengan sesi taaruf antara tuan rumah dan barisan pimpinan dan tidak ketinggalan juga, sesi penerangan mengenai pembawaan pengerusi iaitu JIWA MAHASISWA telah dilaksanakan. Sesi muhasabah dan cadangan turut diadakan antara ahli dan barisan pimpinan sebelum sesi lawatan ini berakhir.

Semoga Tautan Qalbu dapat menjadi satu wasilah PCM untuk sentiasa cakna mengenai keadaan ahli di samping menjalinkan ukhuwah yang erat antara pimpinan dan ahli.

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Kebajikan dan Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *