بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberi kesempatan pada hari ini untuk mengecapi nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (2:261)

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

 

Sejajar dengan kenaikan tampuk pimpinan yang baharu, PERUBATAN Cawangan Mansurah dibawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN.

Untuk makluman, PERUBATAN Cawangan Mansurah kali ini akan menjalankan sistem kutipan yuran secara kolektif. Kolektif yang dimaksudkan ialah sistem kutipan yuran ahli yang mengandungi tiga jenis kutipan yang disekalikan iaitu yuran PERUBATAN, Tabung Kasih Sayang (TKS) dan yuran Markas. Yuran PERUBATAN adalah sebanyak 20 Egyptian Pound , yuran Markas adalah 10 Egyptian Pound dan Tabung Kasih Sayang (TKS) sumbangan yang digalakkan adalah sebanyak 20 Egyptian Pound yang menjadikan jumlah kutipan sebanyak 50 Egyptian Pound sahaja. Sistem ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan penindanan kutipan yang pelbagai, seterusnya mengurangkan beban ahli melalui kutipan secara sekaligus.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

 

Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.

 

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN. Di sini ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

 

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Mansurah akan bermula pada 27/4/2018 dan berakhir ketika hari pengundian Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari Organisasi Batch masing-masing atau kami sendiri. Setiap bayaran yang dilakukan akan disertakan resit sebagai bukti.

 

Kerjasama daripada pihak anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Mansurah yang tercinta, di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

 

Siiru ‘Ala Barakatillah. Sekian, terima kasih.

 

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

 

 

Ahmad Rusyaidi bin Amran

Ketua Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

 

Nur Fadhlin Farhana binti Md Yusof

Timbalan Ketua Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *