بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Rabb sekalian alam, Allah Azza wa Jalla serta selawat dan salam keatas junjungan nabi pemimpin umat akhir zaman Nabi Muhammad SAW. Bersyukurlah kita kerana atas titik peluh dan keringat Baginda bersama para sahabat yang telah perjuangkan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam. Sehingga ke hari ini kita masih mampu merasai manisnya hidup dalam akidah yang sejahtera.

PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) merupakan sebuah persatuan yang sentiasa menekankan elemen kebajikan ahli sebagai perkara utama dalam pelaksanaan setiap gerak kerja.

Bagi memastikan ahli sentiasa dalam keadaan selamat dan bersempena dengan cuti musim panas yang bakal tiba, PCM akan menjalankan bancian keberadaan ahli di Mansurah semasa cuti musim panas melalui batch masing-masing bermula 6 April sehingga 20 April 2018.Buat pengetahuan semua, bancian keberadaaan musim panas ini amat penting dan dilakukan saban tahun bertujuan untuk mengetahui keberadaan ahli sepanjang musim panas. Antara tujuan yang lain adalah seperti:

  1. Memastikan keberadaan ahli di bawah pengetahuan PERUBATAN Cawangan Mansurah.
  2. Memastikan ahli berada dalam keadaan selamat sekiranya menetap di Mansurah atau sekitar Mesir.
  3. Memudahkan pengurusan ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah sekiranya terdapat sebarang permasalahan yang berlaku.

 

Sebagai contoh, sekiranya berlaku sebarang musibah, maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memberi maklumat kepada pihak berwajib. Ia juga akan menjadi pemudah cara untuk pihak kami berhubung dengan pihak yang berkenaan dan segala urusan yang berkaitan.

Kami berharap semua ahli dapat bersatu hati dan bekerjasama dalam memberi maklumat keberadaan kalian sepanjang musim panas ini. Hal ini kerana, sebagai mahasiswa yang belajar di luar negara, kita hendaklah cakna akan keselamatan masing-masing untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Segala perkara di dunia ini akan dipermudah seandainya kita memudahkan urusan orang lain.

Akhir kalam, selamat bercuti kepada semua ahli. Semoga setiap detik yang kita habiskan sepanjang tempoh cuti musim panas nanti, dapat kita manfaatkan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

 

Seeru ‘ala Barakatillah.

 

#JiwaMahasiswa

#PERUBATANKelasPertama

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Imran bin Ismail

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

 

 

 

 

 

 Nurul Farhana binti Nor Hanaffi Musa

Timbalan Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *