بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita sentiasa dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

 

Bersempena cuti musim panas ini, akan berlaku beberapa pemangkuan portfolio disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

 

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika.

Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

 

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan Mansurah:

 

Siswa

Bil. Portfolio Nama AJKT Pemangku Tempoh
1. Naib Pengerusi I Muhammad Qaiyim bin Mohd Fahmi Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis 14/6 – 14/7
2. Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi Muhammad Rusyaidi bin Amran Muhammad Qaiyim bin Mohd Fahmi 14/7 – 13/8
3. Biro Akademik Ahmad Hadi Ashraf bin Badruzzaman Muhammad Rusyaidi bin Amran 5/7 – 13/7
Muhammad Qaiyim bin Mohd Fahmi 14/7 – 4/8
4. Biro Pembangunan Insan Mohamad Hazwan Akmal bin Norazman Muhammad Imran bin Ismail 1/7 – 30/7
5. Biro Perumahan & Biro Kebajikan Mohd Ammar Akmal bin Mohd Mazri Muhamad Arman Zafri bin Sariful Bahari 30/5 – 30/6
6. Biro Sukan & Aktiviti Luar Muhamad Arman Zafri bin Sariful Bahari Mohd Ammar Akmal bin Mohd Mazri 1/7 – 30/7
7. Biro Penerbitan dan Penerangan Muhammad Aliuddin bin Mohamad Noh Muhammad Imran bin Ismail 1/7 – 30/7

 

Siswi

Bil. Portfolio Nama AJKT Pemangku Tempoh
8. Naib Pengerusi II Afiqah Husna binti Zainal Abidin Nur Syahirah binti Jamaluddin 1/7 – 31/7
9. Jabatan Setiausaha Nurul Farhana binti Nor Hanaffi Musa Wan Asma’Huda binti Wan Yahya 28/7 – 28/8
10. Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi Nur Fadhlin Farhana binti Muhamad Yusof Khairunnisa Nabila binti Subari 10/6 – 3/7
Nur Syahirah binti Jamaluddin 4/7 – 10/7
11. Biro Akademik Khairunnisa Nabila binti Subari Nur Syahirah binti Jamaluddin 4/7 – 10/7
Nooafiqah binti Mhd Suhaimi 10/7 – 4/8
12. Biro Pembangunan Insan Nooafiqah binti Mhd Suhaimi Afiqah Husna binti Zainal Abidin 10/6 – 30/6
Nurul Farhana binti Nor Hanaffi Musa 1/7 -9/7
13. Biro Perumahan & Biro Kebajikan Afiqah binti Zulkifili Nurul Farhana binti Nor Hanaffi Musa 10/6 – 10/7
14. Biro Sukan & Aktiviti Luar Nur Hadirah binti Hamdan Nurul Farhana binti Nor Hanaffi Musa 1/7 – 10/7
Nur Fadhlin Farhana binti Muhamad Yusof 10/7 – 30/7
15. Biro Penerbitan dan Penerangan Wan Asma’Huda binti Wan Yahya Nur Syahirah binti Jamaluddin 10/6 – 9/7

 

Pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan di Mesir. Oleh itu, pihak PCM berharap agar semua ahli dapat menghubungi AJKT- AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas jika terdapat persoalan atau permasalahan mengenai mana-mana gerak kerja PERUBATAN semasa cuti musim panas ini.

 

 

Siiru ala barakatillah.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

#PCMOneBigFamily

#JiwaMahasiswa

 

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

 

 

 

 

 

Nur Syahirah binti Jamaluddin,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *