بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah (iaitu menjalankan perintah Allah SWT dan meninggalkan seluruh larangan-Nya) kepada seluruh langit dan bumi serta gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu banyak berbuat zalim dan amat bodoh”. (Surah al-Ahzab, ayat 72)

Segala puji bagi Allah atas nikmat kurniaanNya, kita terus diberi kesempatan untuk menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terus menjadi teladan yang baik kepada seluruh manusia.

 

Objektif Penubuhan Majlis Ketua Batch (MKB)

 

Antara objektif penting penubuhan Majlis Ketua Batch (MKB) adalah:

  1. Menjadi salah satu medium bagi pimpinan PCM untuk mengetahui pandangan dan permasalahan ahli dengan lebih sistematik dan seterusnya menyalurkan bantuan dan tindakan dengan lebih efisien.
  2. Memudahkan PCM menyalurkan maklumat kepada semua ahli dengan lebih sistematik dan menyeluruh.
  3. Mengukuhkan ukhuwwah dan kesatuan antara ahli dengan pelaksanaan program/aktiviti di peringkat batch.

 

Tampuk kepimpinan Majlis Ketua Batch juga telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh barisan pimpinan yang baru untuk sesi 2018/2019. Sehubungan dengan itu, di peringkat Naib Pengerusi ingin mengucapkan sekalung tahniah dan takziah kepada organisasi baharu mahupun yang kekal bagi setiap batch atas amanah dan pelantikan sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Batch khususnya bersama barisan jawatankuasa semua batch bagi sesi 2018/2019.

 

Berikut merupakan senarai ahli Majlis Ketua Batch sesi 2018/2019:

 

NAMA JURUSAN
KB : FIKRI ASYRAFF BIN SHAH REZA HUZZIENI

TKB : FATIMA RAHMAH ARIFFAH BINTI SAIFUZZAMAN ARIF

PERUBATAN MANCHESTER TAHUN 1  (OBELIUS)
KB : MUHAMMAD AMIRUL ASHAFIQ BIN AZAM

TKB : NABILA BINTI MUHAMMAD KHAIR

PERUBATAN MANCHESTER TAHUN 2  (CHIVALRY)
KB : ARIFF TARMIZI BIN SUPIAN TARMIZI

TKB : SARAH NAJIHAH BINTI ZAMALOLAILY

PERUBATAN MANCHESTER TAHUN 3 (VALOUR)
KB : AMIRUL SHAHIRAN BIN ANUAR

TKB : NUR FATIHAH ‘IZZATI BINTI MOHD AFENDI

PERUBATAN MANCHESTER TAHUN 4

(AVICENNA)

KB : ABDUS SALAM BIN AMINUDDIN

TKB : DALILAH BINTI WAMIN

PERUBATAN MANCHESTER TAHUN 5

(ADAMANTIUM)

KB : WAN MOHD ISMAIL ADDEEN BIN WAN MOHD NASIR@AZMAN

TKB : NUR AFIFAH BINTI ABDUL KHALIL

PERUBATAN MANCHESTER TAHUN 6 BARU (LUMINANCE)
KB : MUHAMMAD LOQMAN ALHAKIM FAHMIN BIN HASSAN FAHMIN

TKB : ATHIRAH NUR ZAWANI BINTI AZMY

OPERUBATAN MANCHESTER TAHUN 6 LAMA (GENEZEN)
KB : MOHD FIRDAUS BIN HAMED

TKB : NAJWA BINTI ZAINUDDIN

PERUBATAN KONVESIONAL TAHUN 6
KB : NURUL SYAFIQAH BINTI ADNAN

TKB : NURSYAFIEZA BINTI SUPIAN TARMIZI

FARMASI

 

Sekalung apresiasi buat barisan kepimpinan Majlis Ketua Bacth (MKB) sesi 2017/2018 atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan dalam mengemudi bahtera organisasi batch sepanjang setahun dengan jayanya. Semoga Allah membalas kebaikan yang diberikan.

 

Abu Said (Abdurrahman) bin Samurah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepada saya : ‘Ya Abdurrahman bin Samurah, jangan menuntut kedudukan dalam pemerintahan, kerana jika kau diberi jawatan tanpa meminta kau akan dibantu oleh Allah untuk melaksanakannya. Tetapi jika kau mendapat jawatan itu karena permintaanmu maka akan diserahkan ke atas bahumu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan akan lebih baik maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang lebih baik itu’. (HR Bukhari Muslim)

Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan Majlis Ketua Batch sesi 2018/2019. Semoga segala perancangan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

 

Seeru ‘ala Barakatillah.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berkualiti”

“at-Taqwa, as-Syifa’, as-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

AFIQAH HUSNA BINTI ZAINAL ABIDIN

NAIB PENGERUSI II,

PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH 2018/2019.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MUHAMMAD QAIYIM BIN MUHAMAD FAHMI

NAIB PENGERUSI I,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *