[BCARE | LAPORAN KUNJUNGAN MUSLIM CARE MALAYSIA KE MANSURAH]

Pada tanggal 8 November 2018, wakil Muslim Care Malaysia telah mengadakan kunjungan ke Mansurah. Kunjungan ini telah disertai oleh Hj Zulkifili bin Wahijan (Presiden Muslim Care Malaysia), Ustaz Ahmad Shukri bin Ismail (Bendahari Muslim Care Malaysia) dan Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor (Exco Muslim Care Malaysia). Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) dan juga 14 orang pelajar terpilih. Pelajar-pelajar yang terpilih adalah dalam kalangan pelajar perubatan dan pergigian yang mempunyai masalah kewangan.

Kunjungan ringkas ini bertujuan untuk menyampaikan wang zakat secara terus kepada pelajar yang mempunyai masalah kewangan.

Perjumpaan ini dimulakan dengan ucapan daripada wakil Muslim Care Malaysia kemudian diteruskan dengan penyampaian wang zakat kepada pelajar. Tidak ketinggalan juga sesi fotografi bersama pelajar yang menerima sumbangan daripada wakil Muslim Care Malaysia sebagai tanda kenangan.

Semoga kebajikan dan keperluan ahli terus terjaga dengan adanya PCM sebagai platform yang sentisa cakna berkenaan dengan masalah ahli.

Sebarang aduan, cadangan dan muhasabah bolehlah salurkan di pautan berikut:
http://tinyurl.com/eaduanPCM

#PCMOneBigFamily
#JiwaMahasiswa

“Together We Unite To Serve Our Community”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *