Pada 7 November 2018, wakil PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan pertemuan ringkas bersama wakil International Student Club (ISC), Mr Mohamed Hassan Nasr selaku Penyelia Aktiviti Kebudayaan & Saintifik, Mr Mohamed Mahmoud El-Naggar selaku Penyelia Aktiviti Pelancongan & Kesenian dan Mr Walid Mohamed Al-Sabahy selaku Penyelia Aktiviti Kesukanan.

Perjumpaan tersebut telah disertai oleh Pengerusi PCM (Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis), Timbalan Pengerusi PCM (Nur Syahirah binti Jamaluddin), Ketua Jabatan Bendahari dan Biro Ekonomi merangkap pemantau Biro Sukan & Aktiviti Luar (Ahmad Rusyaidi bin Amran), Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar (Muhammad Arman Zafri bin Sariful Bahri) dan Timbalan Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar (Nur Hadirah binti Hamdan).

Sejak sekian lama, PCM telah membuat hubungan kerjasama yang baik bersama ISC terutama apabila berkaitan dengan penggunaan lokasi-lokasi di dalam universiti bagi sesuatu program yang besar.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah perkembangan-perkembangan terkini PCM, memperkenal Ketua & Timbalan Biro Sukan & Aktiviti Luar (BSAL) sesi 2018/2019, dan juga perbincangan ringkas mengenai penggunaan beberapa lokasi bagi PERUBATAN Sports Day (PSD) yang akan datang ini.

Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan luar PCM bersama pihak universiti di samping dapat memberi manfaat kepada pelajar Malaysia keseluruhannya.

Sebarang aduan, cadangan boleh salurkan di pautan berikut:

http://tinyurl.com/eaduanPCM

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily
#PERUBATANKelasPertama

“Together Everyone Achieve More (T.E.A.M)”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Sukan & Aktiviti Luar,
PERUBATAN Cawangan Mansurah
2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *