بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya.

 

Kepimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah bagi sesi 2018/2019 hampir menamatkan sesi pentadbiran yang telah pun menjangkau hampir 9 bulan sejak Februari 2018 yang lalu. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Mansurah 2018 maka menandakan bermulanya pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi 2019/2020.

 

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

 

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

 

Dengan ini, setelah disepakati sebulat suara oleh seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2018/2019, dua orang AJKT lelaki yang dikekalkan ke sesi seterusnya ialah ;

1)Mohamad Hazwan Akmal bin Norazman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2) Muhammad Imran bin Ismail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Manakala dua orang AJKT wanita yang dikekalkan ialah ;

1) Afiqah binti Zulkifili

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2) Nur Hadirah binti Hamdan

 

 

 

 

 

 

 

 

Sehubungan dengan itu, 4 orang AJKT yang dikekalkan ini tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihanraya berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 27, Perkara 2 (b) yang menyatakan ;

 

  1. b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

 

Tahniah diucapkan kepada 4 orang AJKT yang telah dikekalkan dan diharapkan agar dengan ketetapan ini barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah akan lebih maju dan konsisten dalam gerak kerja pada sesi akan datang In Shaa Allah.

 

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. (Q.S Hud 112)

 

Kami juga ingin menyeru agar seluruh ahli PCM sama-sama mengambil cakna akan pilihanraya cawangan Mansurah pada kali ini kerana sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kita sebagai ahli untuk memilih pemimpin yang selayaknya selari dengan firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud

 

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. an-Nisa’ ayat 58).

 

Seeru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

#JIWAMAHASISWA

#PCMOneBigFamily

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Faris bin Mohd Mokhlis

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *