[BHOME | LAPORAN TAUTAN QALBU]

Pada bulan Disember 2018, Biro Perumahan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan Tautan Qalbu yang telah disertai oleh AJKT Cawangan. Tautan Qalbu siswa telah diadakan pada 9 Disember 2018, manakala ziarah rumah siswi diadakan pada 12 Disember 2018. Rumah-rumah yang terpilih adalah dalam kalangan pelajar Perubatan Manchester.

Barisan pimpinan siswa telah mengadakan ziarah ke rumah ahli Tahun 1 jurusan Perubatan Manchester (Muhammad Azib bin Azmi) manakala barisan pimpinan siswi pula telah mengadakan ziarah ke rumah ahli yang terdiri daripada Tahun 3 jurusan Perubatan Manchester (Adleen Suraya binti Rudy Johan).

Lawatan ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan PCM dengan ahli. Perjumpaan dimulakan dengan sesi taaruf sesama pimpinan dan tuan rumah kemudian diteruskan dengan pengenalan AJKT Sesi 18/19.

Tidak ketinggalan juga sesi penerangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh biro-biro PCM bagi memudahkan ahli berurusan dengan biro tertentu. Turut diadakan, sambutan hari lahir tuan rumah untuk meraikan ahli PCM disamping sesi muhasabah dan cadangan antara ahli dan pimpinan sebelum ziarah itu berakhir.

Semoga Tautan Qalbu dapat menjadi satu platform untuk PCM mendengar suara ahli di samping dapat menjalinkan ukhuwah yang erat antara pimpinan dan ahli.

Sebarang aduan, cadangan dan muhasabah bolehlah salurkan di pautan berikut :
http://tinyurl.com/eaduanPCM

#JiwaMahasiswa
#PCMOneBigFamily

“Together We Unite to Serve Our Community”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *