بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah ta’ala berfirman:

وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ
“Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (Surah ali-Imran: 159)

Dalam surah yang lain, Allah memuji kaum mukminin dengan firman-Nya:

وَأَمْرُهُمْ شُوْرَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُوْنَ
“Dan urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah dan mereka menafkahkan sebagian yang kami rizkikan kepada mereka.” (Asy-Syura: 38)

Kedua ayat yang mulia itu menunjukkan tentang disyariatkan bermusyawarah.

Ditambah lagi dengan amalan Nabi S.A.W yang sering melakukannya dengan para sahabat seperti dalam masalah tawanan perang Badar, kepergian menuju Uhud untuk menghadapi kaum musyrikin, perbincangan untuk melakukan strategi-strategi dalam peperangan dan lain-lain.

Maka terbuktilah bahawa syura merupakan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam untuk membuat sesuatu keputusan.

Pengenalan Sistem Mesyuarat
Sejajar dengan kekosongan satu kerusi diperingkat AJKT ikhwah untuk sesi yang baharu ini iaitu Muhammad Firdaus Bin Abu Bakar atas sebab-sebab tertentu, Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah ditubuhkan dan akan dijadikan sebagai satu medan perbincangan bagi membincangkan nama-nama calon AJKT yang baru. Perbincangan ini akan dilakukan secara berhikmah oleh ahli-ahli MMPC yang dilantik.

MMPC juga akan bergerak mengikut fasa seperti jalur masa yang telah dipersetujui bersama ahli MMPC. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting untuk perjalanan MMPC kali ini:

Tarikh Perkara
8 Januari 2019 Senarai Nama AJKT Fasa I
8 – 16 Januari 2019 Tempoh Bantahan
17 Januari 2019 Pengumuman Keputusan MMPC

Semoga perbincangan yang dilakukan mendatangkan kebaikan kepada kita semua,sebarang cadangan penambahbaikan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Firdaus bin Jahari,
Ketua Lembaga Penasihat,
Perubatan Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *