[Kenyataan Rasmi: Penubuhan Majlis Mesyuarat Pemilihan PERUBATAN Cawangan Mansurah ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepimpinan yang baik mestilah mempunyai kemampuan untuk menggerakkan manusia menuju kepada suatu matlamat. Tanggungjawab untuk memimpin telah Allah amanahkan kepada manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s. Tugas ini disambung pula oleh para rasul selepas itu sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini.

Pentingnya kepimpinan adalah ibarat kepala yang mengetuai seluruh tubuh di dalam masyarakat dalam perjalanan hidup di dunia ini dan di akhirat kelak. Maka, dapat kita faham betapa besarnya tugas seorang pemimpin dalam membawa masyarakat serta peranan kita dalam proses pemilihan pemimpin itu.

Selari dengan keadaan semasa cawangan yang mengalami kekosongan kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) untuk sesi 2019/2020, Muhammad Firdaus Bin Abu Bakar yang terpaksa pulang ke Malaysia atas sebab tertentu, maka pencarian AJKT baharu akan diadakan bagi memenuhkan jawatan tersebut.

Berdasarkan perkara 3 (b), Fasal 28 : Bab Keempat Perlembagaan PERUBATAN :

Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.

Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Mansurah telah berbincang dan bersetuju untuk memutuskan kaedah pemilihan yang baru digunapakai oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah bagi menggantikan pimpinan AJKT tersebut kali ini ialah dengan menubuhkan Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC).

Kaedah pemilihan yang baharu ini selari dengan perlembagaan PERUBATAN  pada Fasal 20 Ceraian (d),

“Antara tugas-tugas ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”

Justeru, sekali lagi dimaklumkan bahawa Lembaga Penasihat PERUBATAN  Cawangan Mansurah telah mengeluarkan satu cadangan penyelesaian  iaitu dengan menubuhkan Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC).

Setelah perbincangan dibuat di peringkat Lembaga Penasihat Cawangan dan dipersetujui oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN, kami bersepakat untuk melantik saudara Muhammad Firdaus Bin Jahari sebagai pengerusi MMPC kali ini.

Ahli MMPC akan dilantik dan bermesyuarat bagi mencalonkan tampuk kepimpinan PCM pada masa akan datang

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawagan (MMPC) yang baru sahaja ditubuhkan ini juga akan dijadikan sebagai satu medan perbincangan bagi membincangkan nama untuk memenuhi kerusi AJKT sesi hadapan.

Perbincangan ini akan dilakukan secara berhikmah oleh ahli-ahli MMPC yang dilantik.

Semoga perbincangan yang dilakukan mendatangkan kebaikan bagi kita semua dan sebarang cadangan atau komentar penambahbaikan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli PCM agar pemilihan pimpinan bagi sesi akan datang dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

Yang menjalankan tugas,

 

 

 

 

 

 

Muhammad Firdaus bin Jahari,

Ketua Lembaga Penasihat,

Perubatan Cawangan Mansurah 2018/2019.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *