[Kenyataan Rasmi: Senarai Nama Calon AJKT Fasa I]

Urusan memilih pemimpin amat diutamakan dalam Islam kerana pemimpin yang akan memandu masyarakat dengan kuasa yang diberi padanya serta akan dipersoal tentang amanahnya.

Walaupun sekadar keluar untuk bercuti atau berjalan-jalan sahaja, Islam telah menggariskan untuk umatnya memilih ketua yang akan memandu perjalanan.

Lantaran itu, urusan memilih pemimpin ini merupakan satu perkara yang amat Islam titik beratkan kepada semua manusia.

SENARAI NAMA CALON AJKT FASA I.

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Mansurah telah bermesyuarat dan memutuskan satu nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Mansurah bagi sesi 2019/2020.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT Fasa I :

AJKT IKHWAH :

AHMAD RUSYAIDI BIN AMRAN

Sejajar dengan pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini sehingga 16/1/2019.

Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada kepada Pengerusi MMPC, Muhammad Firdaus Bin Jahari. Pengumuman nama-nama AJKT Fasa II akan dihebahkan sehari selepas tempoh bantahan ditutup.

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar.

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Firdaus bin Jahari,
Ketua Lembaga Penasihat,
Perubatan Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *