[KENYATAAN RASMI | NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH KALI KE-12]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan kepada sekalian umat Islam yang sentiasa dirahmati Allah SWT.
Firman Allah SWT:

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi golongan-golongan yang bertawakal kepadaNya”
(Surah Ali Imran: Ayat 159)

[Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (a) : Mesyuarat Tahunan Cawangan]Notis:

Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN [Fasal 25] seperti yang tertera di atas, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) 2018/2019 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali ke-12 seperti berikut:

Tarikh : 15 Februari 2019 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Qa’ah Ibnu Sina (Qis)

Mesyuarat Tahunan Cawangan menandakan berakhirnya sesi PERUBATAN Cawangan Mansurah 2018/2019 dan juga merupakan acara yang diperuntukkan dalam perlembagan PERUBATAN Bab Keempat Fasal 25. Memetik Fasal tersebut pada perkara ketujuh, agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

Mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.
• Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membahas dan meluluskan usul.
• Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
• Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit)
• Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Semua ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan juga menghantar usul cadangan untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali ke-12 ini. Kami berharap ahli bersedia dengan membaca perlembagaan, membincangkan muhasabah PCM serta cakna terhadap tarikh-tarikh penting beserta makluman yang akan kami salurkan dari semasa ke semasa.

Pendaftaran kini dibuka buat seluruh ahli untuk menjadi sebahagian daripada perwakilan dan pemerhati dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC). Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan di bawah:

https://tinyurl.com/MTC12-PCM

Pendaftaran dibuka dari 24 JANUARI 2019 sehingga 8 FEBRUARI 2019 dan yuran pendaftaran adalah sebanyak 10le.

Semoga segala hasil dan kata sepakat yang diperoleh dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan ini mendapat keberkatan dan besarlah harapan agar MTC Kali-12 ini dipayungi rahmat dan dapat pula kita sebarkan rahmat ini ke serata dunia, InsyaAllah.

Siiru ‘ala barakatillah.
Sekian, terima kasih.

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 
Nurul Farhana binti Nor Hanaffi Musa,

Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM),
2018/2019.


Muhammmad Imran bin Ismail

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM),

2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *