[ MMPC: PENGUMUMAN HASIL KEPUTUSAN ]

Kepimpinan merupakan satu perkara yang amat Islam titik beratkan. Tambahan dalam keadaan semasa yang mana umat islam makin ditindas oleh musuh-musuh, menyebabkan isu kepimpinan Islam menjadi satu perkara yang penting untuk kita semua cakna dan ambil berat bersama.

Maka dengan itu, PERUBATAN Cawangan Mansurah juga mengambil berat terhadap kekosongan kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ikhwah yang memerlukan untuk di isi dengan baik.

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, setelah melalui beberapa fasa perbincangan maka Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Mansurah telah pun berjaya membuat keputusan untuk calon AJKT Ikhwah PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2019/2020.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT Ikhwah yang dipilih:

AHMAD RUSYAIDI BIN AMRAN

Tahniah diucapkan kepada semua barisan pimpinan, semoga nusrah Allah sentiasa bersama kalian dalam mengemudi bahtera kepimpinan sesi hadapan.

Siru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Firdaus bin Jahari,
Ketua Lembaga Penasihat,
Perubatan Cawangan Mansurah 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *